Tuesday, September 4, 2012

Budak Islam Ni Nakl Patah kaki Agaknya...

(Photo by Jamie McDonald/Getty Images)

Jaringan hatrik Robin Van Persie membolehkan Manchester United menewaskan Southampton 3-2 dalam perlawanan liga EPL walaupun ketinggalan 0-1 dan 1-2 pada suatu ketika. Nampaknya bintang Van Persie sangat cerah di MU. Semoga Persie berjaya dalam kerjayanya sebagai pemain bolasepak. Walau pun bolasepak bukan medan terbaik menaikkan imej islam di mata dunia namun sedikit sebanyak dapat juga menafikan tohmahan sesetengah pihak yang menuduh Islam sebagai punca kemunduran dan kegagalan hidup manusia.

Van Persie memeluk Islam kerana berkahwin dengan wanita islam keturunan Maghribi bernama Bouchara Elbali. Apabila gua cari gambarnya di internet , gua dapati Bouchara tidak bertudung. Tidak satu pun gambarnya memaparkan dia bertudung. Malah salah satu gambarnya hanya berbikini bersama Persie dan anak mereka ketika mandi di laut. Daripada gambar-gambarnya yang dipapar di internet, gua memang menyalahkan dia jika Persie tidak menutup aurat ketika bermain bolasepak.Sebagai seorang Islam Bouchara sepatutnya menjadi contoh kepada suami yang merupakan saudara baru dalam Islam. sebaliknya pula yang terjadi apabila Bouchara mengikut cara hidup Persie.

Pemain bolasepak Islam ini mendedah aurat kepada khalayak ramai dan semua orang islam tahu bahawa mendedah aurat itu berdosa kerana hukumnya haram.

Disebalik dosa yang dilakukan mereka , terdapat seorang pemain yang telah menyelamatkan sebuah masjid di Seville , Sepanyol daripada dirobohkan dengan membeli bangunan masjid tersebut apabila kontrak sewaannya tamat.Masjid itu adalah satu-satunya masjid di Selatan Sepanyol.Tanpa masjid itu pasti umat Islam Seville sukar menunaikan solat jumaat dan solat berjemaah.

Itulah Frederick Kanoute seorang anak kacukan Mali (bapa) dan Perancis(ibu). Dilahirkan dan dibesarkan di Perancis. Pernah dinobatkan pemain terbaik Afrika pada tahun 2007 yang mana merupakan satu rekod tersendiri kerana menjadi pemain kelahiran luar afrika yang pertama menerima angugerah tersebut. Dia membelanjakan wang USD 700,000 bersamaan dengan pendapatannya setahun untuk membeli bangunan masjid tersebut.

Semoga semua pemain bolasepak yang beragama islam mula memakai pakaian menutup aurat. Jika itu dapat dilakukan nescaya imej Islam akan terus  meningkat dan sekali gus menafikan tanggapan bahawa pakaian menutup aurat menjadi halangan kepada kejayaan dalam sukan.

Pemain hoki kebangsaan Malaysia pernah membuktikannya. Nur Saiful Zaini bermain hoki dengan jaya walaupun memakai seluar sukan yang menutup aurat. Walau pun berpakaian demikian skill dan pergerakan Nur Saiful Zaini tetap seperti sebelum memakai seluar tersebut. Malah Nur Saiful Zaini telah dilantik sebagai kapten pasukan kerana permainannya yang baik dan bertenaga serta dihormati rakan sepasukan.



adios

No comments:

Post a Comment