Sunday, September 9, 2012

Baling Najis Ke Dalam Masjid- Sampai Bila Kita Hendak Berdiam Diri?

Sudah sampai masanya kita bertindak menentang puak-puak yang menghina islam ini. Bernaung di bawah sati organisasi yang kononnya memperjuangkan Islam. Namun perbuatan mereka ke atas Islam lebih buruk daripada yahudi.

Yahudi membunuh dan menyiksa orang Islam. Perkasa membaling najis ke dalam rumah ibadat orang Islam.

Imam, Bilal . Khatib dan seluruh AJK masjid AL HUSSAIN hendaklah segera menyamak masjid kerana kasut yang dibaling ke dalam masjid tidak diketahui apa bawaannya. Mungkin tahi anjing dan mungkin juga najis babi. Mustahil individu yang membaling kasut itu membasuh kasutnya terlebih dahulu sebelum membalingnya ke dalam masjid.

Selagi umat Islam berdiam diri dan tidak bertindak sesuatu, perkara begini akan terus berlaku. Ini bukanlah kali pertama masjid diserang. Sebelum ini sekumpulan manusia macai setan telah menyerang masjid di Bangi kerana tidak puas hati dengan jawatankuasa masjid.

Hendak tunggu siapa bertindak? Fathul Bari????  Menteri Agama?

Jangan diharapkan mereka yang tak boleh diharap. Pandai bidang agama bukan bukti kukuh bahawa seseorang itu penganut Islam. Pensyarah agama Islam di Universiti Oxford pada suatu ketika dahulu adalah seorang yang sangat pandai dalam bidang agama Islam.

Orangnya berjanggut dan berjambang. Apabila tiba masa solat dia tidak solat hingga menimbulkan tanda tanya kepada pelajar-pelajarnya yang keseluruhannya beragama Islam. Dia mengaku bukan Islam dan menyatakan dirinya yahudi apabila ditanya oleh seorang daripada pelajarnya. Melopong semua pelajar yang ada.

Oleh kerana mereka ini kurang ajar maka, untuk menghalang mereka kita perlu bersikap kurang ajar juga. Kita sudah lama berlembut dan bersabar dengan tindak tanduk mereka yang menghina Islam. Namun mereka tidak kunjung insaf malah semakin teruk menghina Islam.

Kita tidak boleh mengharapkan polis kerana tanggungjawab polis bukan menjaga agama Islam. Segalanya terletak di atas bahu kita sendiri.

Bagaimana cara menangani mereka? Fikirkanlah cara yang sesuai dengan undang-undang negara. Cadangan gua agar mereka ini disaman. Saman perkasa atas nama kesucian Islam. Mana lawyer? kaji peruntukan undang-undang yang ada untuk menyaman mereka.

adios

No comments:

Post a Comment