Thursday, September 20, 2012

1000 Penjawat Awan Kantoi Tonton E-mel Sex

Hampir 1,000 penjawat awam di telah gagal dalam ujian yang dilakukan oleh kerajaan. Pegawai Taiwan perlu mengambil kelas dalam keselamatan siber selepas didapati masuk perangkap yang dicipta majikan mereka untuk menguji keselamatan internet, kata seorang pegawai pada hari Rabu.

Kerajaan New Taipei City, berhampiran ibukota Taipei, menghantar satu e-mel bulan lepas. E-mel itu kononnya mengandungi video seks berwap untuk menguji tahap ketelitian 6000 kakitangan awam melindungi komputer mereka terhadap serangan penggodaman dan virus, katanya.

Walaupun larangan keras terhadap penggunaan komputer pejabat untuk membaca e-mel yang tidak berkaitan dengan kerja, hampir 1,000 pekerja membuka e-mel palsu yang membawa tajuk-tajuk berkaitan skandal seks selebriti yang sedang hangat diperkatakan sekarang .

Mereka yang gagal ujian akan dikehendaki untuk menghadiri kursus mandatori tentang keselamatan Internet selam dua jam dua jam.


No comments:

Post a Comment