Tuesday, August 21, 2012

Suami Sokong Penuh Ayu Raudah Bertudung

15 Ogos - Sejak akhir-akhir ini semakin ramai artis-artis tanah air yang berhijrah. Bukan setakat Abby Abadi, malah pelakon cantik seperti Diyana Amir dan juga Irma Hasmie turut memilih untuk memakai tudung pada tahun ini.

Berita terbaru, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Zaquan Adha iaitu dramatis, Ayu Raudhah telah mengesahkan bahawa dia sudah mula bertudung. Menurut laporan terbaru, Ayu Raudhah sebenarnya sudah lama berniat untuk memakai tudung. Namun hatinya betul-betul terdetik selepas pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini.

"Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru ini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini,"ujarnya kepada Media Hiburan.
Situasi ini mungkin salah satu keberkatan bulan Ramadan yang mulia. Semakin hari, semakin ramai selebriti yang memilih untuk memakai tudung. Sebagai selebriti, secara tidak langsung mereka memberikan contoh yang baik kepada orang ramai samada peminat mahupun penonton.

Beberapa hari yang lalu kita turut dikejutkan dengan berita pengacara popular Nurul Syuhada Nurul Ain juga telah mula berhijab. Nurul Syuhada Nurul Ain adalah pengacara Malaysia Hari Ini yang disiarkan di stesen televisyen tempatan, TV3.-cinema online


No comments:

Post a Comment