Wednesday, August 15, 2012

Rakyat Sabah Dah Meluat Asyik Kena Kencing

Tindakan tiga orang pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah menyokong Pakatan Rakyat(PR) menunjukkan bahawa mereka hilang keyakinan terhadap parti pemerintah yang membiarkan gejala rasuah berleluasa di peringkat negeri dan persekutuan, kata pemimpin DAP Lim Guan Eng (gambar) hari ini.

Pemimpin pembangkang itu berkata demikian ketika ditanya mengenai Senator Datuk Maijol Mahap yang keluar dari parti United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) semalam dan menyokong Pakatan Rakyat (PR) — menjadikan pemimpin BN ketiga yang keluar parti dalam bulan ini.

“Seperti yang saya telah katakan, mereka kecewa kerana layanan tidak adil dari kerajaan persekutuan, kecewa dengan ketua menteri Sabah dan kerajaan negeri BN yang membiarkan rasuah berleluasa di negeri tersebut,” kata ketua menteri Pulau Pinang di George Town.
The Malaysian Insider menerima rakaman audio dari sidang akhbar tersebut.
Lim berkata mereka berhijrah kerana sudah bosan dengan BN yang mereka lihat melakukan rasuah secara berleluasa.

“Sabah adalah negeri termiskin di negara ini, itu petanda rasuah berleluasa di sana.
“Kadar kemiskinan negeri telah mencecah 20 peratus. Kita semua tahu Sabah sebuah negeri yang kaya, tetapi mempunyai kadar rakyat termiskin tertinggi di negara,” kata setiausaha agung DAP itu.

Semalam, Maijol menyertai dua orang bekas pemimpin BN Sabah, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing juga bekas timbalan presiden UPKO dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, meninggalkan parti pemerintah itu dan menyokong PR. Kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak sering dilihat sebagai “simpanan tetap” yang akan membantu BN terus berkuasa.

Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan ada lagi pemimpin BN yang akan melompat ke PR dalam masa beberapa minggu akan datang.-themalaysianinsider

No comments:

Post a Comment