Thursday, August 2, 2012

RAfizi Ramli DiTahan Polis, Akan Didakwa Di Mahkamah

SHAH ALAM, 1 Ogos — Pengarah Strategi Parti PKR, Rafizi Ramli (gambar) ditahan di rumahnya oleh polis pada pagi ini.

Menurut sumber dari ibu pejabat PKR berkata, beliau ditahan atas Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) dan kini berada di balai polis Hulu Kelang sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk didakwa pada jam 10 pagi ini.
“Saya telah ditahan dibawah BAFIA kini dlm perjalanan ke balai polis. Akan dicharge di Mahkamah Shah Alam.

“Dibawa untuk didakwa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam sekarang,” menurut dua status terakhir beliau dalam Twitternya @rafiziramli pagi ini.

Di mahkamah, Rafizi memberitahu wartawan lima orang anggota polis dan lima pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) datang kerumahnya di Bukit Antarabangsa pada pukul 6.50 pagi dan memberitahunya beliau ditahan dan akan didakwa di bawah BAFIA.

“Selepas ditahan saya dibawa ke balai polis di Hulu Kelang dan barulah laporan polis terhadap saya dibuat.

“Ini adalah percubaan untuk menghentikan saya daripada terus mendedahkan skandal dan penyelewengan.

“Saya tak akan berhenti,” kata Rafizi di lobi mahkamah.ThMalaysianInsider



haha diorang sudah takotttt

Adios

No comments:

Post a Comment