Thursday, October 11, 2012

'NAJIB NAZAK MUHYIDDIN BACA YASIN'

Perdana Menteri Malaysia yang kini menghadapi pelbagai tekanan dari luar dan dalam negara memang sedang begitu nazak.

Banyak isu dan permasalahan yang perlu diselesaikan olehnya. Masalah-masalah parti politik dan masalah peribadinya terutama berhubung tuduhan terbabit dengan rasuah dan pembunuhan Atlantuya dalam skandal scorpene adalah punca utama Najib nazak.

Namanya kini telah dipaparkan di beberapa suratkhabar dan laman web beberapa negara sebagai orang yang perlu hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah skandal scorpene di Perancis menambahkan Najib nazak
.
Terbaru terbongkarnya rahsia pertemuan Najib Razak dengan Abdul Razak Baginda yang bersama dengan Atlantuya di Perancis yang didedahkan oleh pnompenhpost pastinya menbuatkan Najib nazak senazak-nazaknya.

Ini diikuti dengan tuduhan-tuduhan meyalahgunakan dana kerajaan untuk majlis pertunangan anak perempuannya yang menelan belanja RM409,767 dan majlis harijadinya yang menelan belanja RM 79,053.Nasib memang tidak menyebelahi Najib apabila hari ini 11 Jun 2012 NEWYORKPOST melaporkan bahawa bakal menantu Najib didakwa menipu.

Kejatuhan popularitinya ke aras yang sangat rendah terutama di kalangan pengundi bukan melayu meresahkannya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan popularitinya di kalangan pengundi dengan pelbagai cara termasuk bantuan BR1M, Klinik 1Malaysia, Pasaraya 1Malaysia, Perhimpunan Raksaksa Merah, Perhimpunan Sejuta Belia dan terbaru memaparkan gambarnya di tin aluminium minuman tenaga 100 plus sebagai usaha mempromosikan dirinya untuk kembali popular.

Isu-isu yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansur juga tidak ketinggalan membelenggu kepala wotak Najib. Isu pening kepala wotak buat Najib berkaitan Rosmah ialah isu cincin berlian RM24 juta.

Pendedahan salahlaku mentornya, mahathir oleh George Soros yang disiarkan beberapa blog pro PR juga menambah nazak Najib. Masalah sendiri tak habis kena pulak fikirkan masalah orang lain. 'Adudu, kepala... rasanya mau pecah..' dangdut sikit bro, hahaha!

Pelbagai skandal yang membabitkan menteri-menteri kabinetnya juga tidak kurang penting dalam menazakkan najib ketika ini. Skandal NFC, PKFZ dan tuduhan Skandal Hubungan Shapie Apdal dengan artis jelita Zahida Rafik yang diberitakan membabitkan wang jutaan RM adalah antara isu terhangat dibicarakan sehingga hari ini turut memainkan peranan menazakkan Najib.

Tak lupa juga kemarahan melayu dalam umno sendiri kerana kewujudan mamak dalam parti terutama mamak-mamak yang mendominasi wanita umno, umno Penang dan Perak. Nazak terus Najib. Semua isu terbeban di batu jemalanya.

Dalam masa yang sama Muhyiddin Yasin menunggu masa yang sesuai untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin tidak dilihat sebagai bersatu hati dengan Najib bermula daripada kritikannya terhadap slogan 1malaysia ciptaan Najib yang nazak.

Diikuti dengan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang ditukar kembali kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek teras itu.Ini juga dilihat sebagai penentangan Muhyiddin Yassin terhadap Najib dan Mahathir.

Muhyiddin juga didapati tidak pernah mahu memberi sebarang komen tentang isu-isu yang sedang melanda bosnya itu malah hanya berdiam diri seolah-olah tidak ambil peduli dengan apa yang menimpa Najib. Muhyiddin digambarkan oleh beberapa penulis blog sebagai gembira dengan situasi yang dihadapi Najib.

Tulisan yang menyatakan terdapat perebutan kuasa antara kedua-dua taiko besar dalam umno ini mungkin ada kebenarannya. Malah jika benar berlaku ia merupakan suatu yang boleh diharapkan untuk menghentikan amalan mempusakakan jawatan PM kepada anak PM-PM terdahulu atau lebih tepat lagi sistem dinasti dalam umno.

Dengan terhapusnya sistem dinasti dalam pemerintahan negara pastinya negara akan lebih selamat daripada penyelewengan , korupsi dan jenayah halal yang selama ini membawa kepada kerugian bertrillion RM wang pembayar cukai. Siapa sahaja pastinya akan berani berbuat demikian jika mengetahui penganti mereka sebagai peneraju kepimpinan negara adalah anak-anak mereka sendiri.

Daripada sudut politik dalaman parti, memang kejatuhan moral dan kredibiliti Najib memberi keuntungan kepada Muhyiddin. Sekiranya Najib mengundur diri atau kalah dalam PRU13 di Pekan maka calon PM yang seterusnya adalah dirinya sendiri. Mana mungkin ahli politik yang sudah sampai sejauh itu tidak punya cita-cita untuk menjadi PM.-GeloraHatiMuda

Tidak mustahil
Ketika Najib Nazak , Muhyiddin Baca Yasin
Malah Bersedia Mentalkinkannya.


adios

No comments:

Post a Comment