Thursday, August 23, 2012

Nasharuddin Mat Isa yang berjiwa melayu??

Masihkah anda ingat terdapat beberapa pemimpin PAS yang bersama-sama dengan Hassan Ali bertemu dengan beberapa pemimpin umno untuk bersatu atas nama melayu?

Adakah Nasharuddin orang yang dimaksudkan? Jika benar , maka biarlah Nasharuddin dengan jiwa melayunya. Biarlah dia bersama-sama dengan Hassan Ali berjuang bersama-sama dengan umno memperjuangkan nasib melayu, agenda melayu dan hidup melayu kahkahkah. Kalau ikutkan jiwa kurang ajar, mau saja gua but**** kan diorang yang menyebut 'melayu' sebagai dasar perjuangan, yang pasti slogan itulah yang menjadi dasar pembelotan ahli PAS.

Nasha menafikan mahu meninggalkan PAS namun di pihak PAS, Nasha perlu dilihat sebagai duri dalam daging yanga bakal merosakkan PAS. Pertemuan dengan wakil Arab Saudi sebagai jurubahasa kepada Najib , wajib dilihat sebagai pendurhakaan atau pembelotan.

Najib- jika tidak dilihat sebagai musuh islam , mestilah dilihat sebagai musuh politik. Wajarkah seorang yang mengaku ahli PAS memberi bantuan kepada musuh politk PAS dan menaikkan imej musuh politik PAS dengan perbincangan dengan wakil Arab Saudi tersebut. Ini kerja gila. Nak menipu biarlah bijak. hanya orang bijak bleh menipu orang bodoh.

Apabila disebut 'beberapa' bermakna lebih daripada seorang. Soalnya berapa orangkah yang dimaksudkan dengan 'beberapa' tersbut. Selain Hassan dan nasha (jika benar) siapa lagi yang turut terlibat dalam perbincangan untuk berkerjasama dengan umno yang sibuk dihebahkan dahulu.

Bahkan Hassan Ali ada menyebut bahawa bukan dia seorang yang terlibat dalam perbincangan tersebut ketika tindakan ke atasnya hendak diambil oleh PAS. Siapa lagi yang terlibat? PAS perlu segera menghambat mereka yang terlibat dengan perbincangan tersebut keluar dari PAS. Hantu 'melayu' yang tidak setia kepada parti perlu dihapuskan. Jangan satu pun pemimpin PAS yang berjiwa melayu. 'Melayu" adalah satu slogan yang merosakkan PAS.

Selepas Nasha, Siapa pulak yang akan mendekati pemimpin umno bn? Kita tunggu dan lihat. Pasti ada lagi selepas ini. Selagi pemimpin berjiwa 'melayu' wujud dalam PAS maka PAS tidak akan bebas daripada pembelotan.

adios

No comments:

Post a Comment