Sunday, January 5, 2014

SEWA BOT MEMANCING UDANG GALAH SUNGAI TANJUNG KARANG


Sewa bot pancing udang galah di Tanjong Karang 017 6204915 Ridhwan 


Gambar hiasan ihsan chekedondon.blogspot.
Udang galah adalah hidupan sungai yang digemari oleh ramai pemancing. Kaki pancing akan ke destinasi yang didapati banyak udang galah walau sedar akan risikonya.

Di mana ada udang galah di situ ada kapal selam. Kapal selam adalah istilah yang digunakan oleh kaki pancing yang berpegang teguh pada pantang larang ketika memancing. Kaki pancing dilarang menyebut nama buaya sebaliknya menggunakan pelbagai istilah lain dan yang paling popular islah kapal selam.

Sungai Tanjung Karang ialah salah satu lokasi memancing udang galah yang popular bagi kaki pancing di sekitar Lembah Kelang.

Terdapat nelayan yang mencari rezeki tambahan ketika malas atau penat ke sungai mencari rezeki dengan menyewakan bot mereka kepada kaki pancing. Namun dalam mencari rezeki tersebut ramai yang tidak mengendahkan nasib kaki pancing yang datang dari jauh semata-mata mahu merasa 'tarikan' udang galah.

Antara sikap tidak bertanggung jawab nelayan tersebut ialah menyewakan bot mereka kepada kaki pancing walau pun sedar masa tidak sesuai untuk memancing udang. Sama ada atas faktor air pasang surut atau masalah-masalah lain yang tidak memungkinkan kaki pancing mendapat hasil.

Di kesempatan ini gua ingin mempromosikan seorang nelayan part time yang kerjanya membelat di Sungai Tanjung Karang. Samsudin itulah namanya dan lebih mesra dipanggil Cik Din. Kerja utama Cik Din ialah mengambil upah mengait kelapa sawit.

Cik Din ialah seorang bekas kaki pancing tegar semasa mudanya. Ketika itu dia mempunyai banyak wang hasil daripada kerja sebagai pemandu lori besar. Kebanyakkan wangnya habis di lokasi-lokasi memancing dari darat hingga ke laut dalam.

Sebagai bekas kaki pancing tegar, Cik Din faham benar keinginan seorang kaki pancing. Oleh itu dia sudi menyewakan botnya kepada kaki pancing.

Kelebihan menyewa bot dengan Cik Din ialah dia tidak akan menyewakan botnya kepada kaki pancing ketika masa tidak sesuai untuk memancing.Dia juga menyediakan parking kereta yang selamat iaitu di halaman rumahnya sendiri. Sewa yang dikenakan oleh Cik DIn ialah RM 50 tanpa minyak petrol.Minyak perlu dibeli sendiri oleh Penyewa. Dengan sewa RM 50 itu kaki pancing boleh memancing selama 24 jam kalau sanggup.

Bagi mereka yang ingin memastikan tidak pulang dengan tangan kosong dan menghampakan anak-anak dan isteri bolehlah menempah udang galah hidup yang dibelat oleh Cik Din pada harga RM40 sekilo dan yang mati pada harga RM30 sekilo.

Nak tipu bini pun boleh hahaha! terpulang kat lu orang la... itu namanya tipu sayang. kihkihkih! "abang pancing dapat tiga kilo dalam masa 5 jam saja" Lain kali nak pergi memancing kompom bini tak panjang muncung lagi.

Jika ada rakan-rakan yang teringin makan udang galah liar yang fresh dari sungai Tanjong Karang juga bolehlah membuat tempahan terutama yang mempunyai isteri yang sedang mengidam. Cik Din turut menjual ikan baung liar dengan harga RM 30 sekilo.

Bagi mereka yang tidak pandai mengendalikan bot dan ingin mendapat perkhidmatan Cik Din sebagai 'tekong', dia sedia memberikan khidmatnya dengan upah RM 40 jika dia tidak kepenatan akibat kerja-kerja mengait sawit.

Kepada mereka yang berminat untuk menyewa bot Cik Din atau membeli udang galah liar sila hubungi beliau di nombor

017 6204915  Ridhwan (anak Cik Din)
Jangan lupa hubungi beliau untuk mendapatkan tarikh yang sesuai untuk memancing



adios

4 comments:

  1. PAKEJ MEMANCING UDANG GALAH DAN PELANCONGAN MENYUSURI SUNGAI JORAK, MUAR, JOHOR
    Posted on September 1, 2013
    PAKEJ MEMANCING UDANG GALAH:
    Harga : RM 80/mlm
    Muatan : 3 hingga 4 orang (mengikut saiz badan

    Waktu Urusniaga: Sabtu malam Ahad (Jam 9.00 malam -7.00 pagi)
    Umpan dan jaket keselamatan kami sediakan.


    PAKEJ MELANCONG MENYUSURI SUNGAI JORAK
    Harga : RM 8.00 /dewasa, RM5.00 /kanak2
    Masa Perjalanan : 45 hingga 60 minit
    muatan : 4-6org (mengikut saiz badan)
    Waktu Urusniaga : Ahad
    Jaket keselamatan (life jacket) dan mineral water disediakan

    Sebarang pertanyaan hubungi:
    En. Azhari
    017-2266839
    fb.com/sungai.jorak
    sungaijorak.worldheritage.com.my

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,saudara ,saya nak minta tolong saudara masukan url blog saya kedalam bloglist saudara,saya amat memerlukan pertolongan saudara

    ini nama blog saya - Berita Untuk Anda

    ini url blog saya - beritapantas92.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Slm..tumpang iklan..sewa bot/barge/tug boat untuk mengangkut barang2/memancing..sekitar Lumut Perak, pulau pangkor, pulau sembilan dan pulau jarak..call 0128186444.tq

    ReplyDelete