Friday, August 10, 2012

Malang Tetapi Masih Bertuah

Peserta angkat berat Jerman yang juga juara bertahan kategori 105kg masih bernasib baik walau pun berlaku kemalangan pada Selasa lalu.

Kemalangan tersebut berlaku ketika Steiner cuba mengangkat bebanan seberat 432 pound.Lutut dan lengan kirinya tidak mampu menahan bebanan tersebut lalu menyebabkan bebanan tersebut jatuh dan menimpa lehernya.

Steiner rebah dan berada di kedudukan di bawah barbell tersebut. Petugas bergegas ke pentas dan cuba memberi bantuan. Tidak berapa lama selepas itu Steiner bangun tanpa bantuan lalu menerima tepukan penonton.

Walau bagaimana pun Steiner tidak meneruskan pertandingan tetapi bergegas ke hospital untuk mendapatkan sinar X sebagai langkah berjaga-jaga.





Semoga Dia selamat dan tidak mengalami kecederaan dalaman

adios

No comments:

Post a Comment