Sunday, August 26, 2012

BR1M Pusingan Ke dua Dalam Bajet 2013

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Kerajaan akan mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada golongan yang mempunyai berpendapatan isi rumah rendah di bawah belanjawan 2013.

Langkah ini dilihat untuk menaikkan imej Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang dijangkakan akan diadakan awal tahun depan.
“BR1M kedua akan diberikan sebahagian daripada komponen belanjawan,” kata sumber dalam kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Sumber berkenaan enggan memberikan maklumat lebih lanjut, akan tetapi keputusan untuk memberikan bantuan pusingan kedua menunjukkan kemungkinan besar pilihanraya tidak akan diadakan tahun ini.
Ini adalah kerana pemberian RM500 akan mengambil masa untuk diagihkan.
RM500 akan diberikan kepada lebih lima juta keluarga dan dianggarkan berjumlah RM2.6 billion wang pembayar cukai awal tahun ini yang menyaksikan populariti Najib meningkat ke 69 peratus.
Akan tetapi keganasan yang berlaku di antara polis dan peserta perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil pada 28 April telah menyebabkan populariti Najib menurun ke 65 peratus pada bulan lalu.
Najib akan membentangkan belanjawan pada 28 September dan selain daripada pemberian BR1M, beliau dijangkakan akan mengumumkan langkah untuk meningkatkan lagi ekonomi sebelum beliau memanggil pilihanraya.
Ekonomi bertumbuh pada kadar 5.4 peratus dalam suku kedua, dimana ianya sesuatu yang memeranjatkan, tidak seperti yang dijangkakan oleh pakar ekonomi serta berpotensi untuk menimbulkan ‘rasa baik’ di kalangan rakyat menjelang PRU.
Akan tetapi, khabar baik itu tidak akan bertahan lama oleh kerana keadaan ekonomi global akan menjejaskan pasaran eksport Malaysia.
Tanpa disangka, ekonomi Malaysia bertumbuh baik dalam suku kedua walaupun pasaran eksport melemah disebabkan oleh kelembapan oleh sektor pembinaan dan peningkatan perbelanjaan untuk membayar kenaikkan gaji pekerja sektor awam dan tindakan kerajaan bagi pemberian wang tunai akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi berterusan tahun ini kata pakar ekonomi.
Ini bermakna, rakyat biasa tidak merasai kesan positif dalam pertumbuhan ekonomi sehingga menyebabkan pusingan kedua BR1M diperlukan bagi mengekalkan momentum ekonomi.
Beberapa agensi penilaian memberitahu Malaysia masih belum membentangkan rancangan yang meyakinkan untuk berhadapan dengan ancaman fiskal berkembar terhadap defisit belanjawan dan hutang kerajaan walaupun ketegangan dalam profil kredit meningkat.

Nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK mencapai 51.8 peratus pada akhir-2011 walaupun pertumbuhan KDNK kukuh tetapi sekatan kemerosotan selanjutnya adalah ekonomi global.
Kerajaan harus dapat memenuhi sasaran defisit sebanyak 4.7 peratus daripada KDNK pada tahun 2012.

Pakatan Rakyat (PR) telah mengkritik pentadbiran Najib dengan apa yang mereka katakan sebagai membeli undi oleh kerajaan BN melalui perbelanjaan awam dalam bentuk pelbagai pemberian seperti BR1M.

Rafizi Ramli dari PKR baru-baru ini mengecam perdana menteri yang dikatakan “membeli undi” menggunakan perbelanjaan sebanyak RM5.77 bilion wang daripada pembayar cukai.
Pengiraan beliau berdasarkan penambahan bonus perkhidmatan awam sebanyak RM2.2 bilion yang diumumkan baru-baru ini dan pelbagai perbelanjaan “one-off” oleh pentadbiran Najib yang beliau dakwa telah mencecah RM3.57 bilion.

Di bawah “perbelanjaan yang tidak dirancang” sebanyak RM3.57 bilion itu, terdapat BR1M itu, Bantuan Kembali Ke Sekolah 1Malaysia dan Bantuan Buku 1Malaysia.

Beliau berkata skim ini masing-masing menyebabkan kerajaan mengeluarkan kos sebanyak RM2.6 bilion, RM530 juta dan RM260 juta.

Ahli parlimen dari BN juga menerima tambahan sebanyak RM1.5 juta bagi setiap kawasan untuk dibelanjakan ke kawasan mereka tahun ini, kerana pentadbiran Najib memandang ke hadapan menjelang pilihanraya yang akan berlangsung selepas belanjawan pada 28 September.
Sumber berkata bahawa ia akan mengambil masa sehingga tiga bulan untuk projek yang dikenal pasti untuk dilaksanakan, dan pengumuman selanjutnya dalam Bajet 2013, termasuk pusingan kedua pemberian wang tunai di bawah skim BR1M — juga akan mengambil masa untuk dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment