Friday, August 24, 2012

Bonus PA Dua Bulan Tahun Ini , Quepacs Dah Ready Ka??

Desas desus mengatakan PRU 13 akan diadakan tahun depan membuatkan ramai penjawat Awam berasa lega. Mana tidaknya... Jika PRU 13 diadakan tahun depan bermakna mereka akan berpotensi mendapat sekurang-kurangnya setengah bulan bonus lagi dan menjadikan jumlah keseluruhan bonus tahun ini bersamaan dengan sebulan gaji.

Setiap kali hujung tahun quepacs akan membuat permohonan untuk mendapatkan habuan tambahan kepada PA. Dengan alasan untuk meringankan bebanan ibu bapa yang memerlukan belanja yang banyak untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Jika bonus tambahan setengah bulan gaji telah diumumkan dalan budget 2013 kelak bermakna semua harapan PA sudah tercapai. Namun quepacs tetap perlu mohon tambahan untuk anak-anak ke sekolah.

Quepacs tahu... mahu tidak mahu kerajaan sedia ada terpaksa beri. Jika tidak nasib serupa seperti era Pak Lah akan berulang malah mungkin lebih buruk.

Angin perubahan di Sabah membuatkan BN terdesak sampai tahap gaban. BN perlu sedar kini mereka memerlukan sokongan padu PA untuk kekal memerintah. Jangkaan bahawa BN akan kalah teruk di Sabah memberi petanda positif kepada PA bahawa kali ini sejarah bonus Penjawat Awam akan tercipta. Mungkin bonus dua bulan gaji akan dapat dirasai PA pada tahun ini.

Sejak bonus diperkenalkan, PA hanya merasa bonus paling tinggi sebulan gaji. itu pun berapa kali sangat. paling kerap ialah saguhati hari raya dan bantuan anak-anak sekolah. Quepacs tidak boleh alpa. PA tidak boleh tidoq. Kasi gasak lu orang punya kesatuan. Biar kesatuan lu orang gasak quepacs. Bila kena gasak baru quepacs bergerak. Biasa la.. bab gasak menggasak ni.

Presiden quepacs mahu terus kekal memegang jawatan ma.. Jawatan ada duit tu beb! Lu orang kasi gasak sama dia kalu dia pasti akan buat sehabis baik sampai dapat.Kalau dia tak buat kerja lu orang kasi turun sama dia. Punah elaun president yang dia rasaia kini. Biaq orang lain naik dan rasa elaun tersebut. kahkahkah! Ada bran?

Selama ini pemimpin-pemimpin  politik kenyang sampai muntah-muntah makan duit rakyat. Kali ini lu orang kena pastikan lu orang dapat sekelumit daripada kekenyangan diorang tu pun cukup la. Asalkan lu orang turut merasa sebahagaian daripada yang mereka dok balun selama ini.

Ini bukan menangguk di air keruh beb,, tapi ... hikshiks! lebih kurang laaaaaaaa
Kalau bukan kali ini jangan harap lu orang akan dapat peluang lagi.
kompom tak akan ada peluang sebaik ini ... wa cakap lu!


wakaka

No comments:

Post a Comment