Sunday, August 26, 2012

Beri Wang Tunai Rayakan Hari Kemerdekaan Tanda 1 Malaysia Gagal

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Pemberian wang tunai untuk meramaikan sambutan Hari Kebangsaan minggu hadapan membuktikan kegagalan polisi 1Malaysia perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk menyatukan rakyat Malaysia, kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, hari ini.

Penasihat DAP itu melabel tindakan ini dengan apa yang beliau istilahkan sebagai “menyewa hadirin” untuk dua acara ambang Merdeka dengan menyatakan ini adalah kebiasaan Barisan Nasional (BN), menggunakan wang agar majlis mereka dilihat ramai hadirin.

“Acara Hari Kebangsaan ini… sepatutnya berlaku secara spontan,” kata Lim ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. “Apabila ia menjadi terlalu tiruan, ia kehilangan maknanya.”

Lim menambah, keperluan untuk membayar hadirin untuk datang ke acara tersebut adalah refleksi jelas percubaan perdana menteri untuk membangunkan negara bangsa gagal untuk menyatukan rakyat Malaysia walaupun dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Menurut Lim, konsep 1Malaysia yang sering dipromosi seharusnya telah berjaya membawa rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama bersama lebih-lebih lagi dalam sambutan Hari Merdeka — seharusnya membangkitkan semangat patriotisme mereka.

“Ini adalah refleksi menyedihkan kegagalan 1Malaysia untuk membawa rakyat Malaysia bersama menjadi satu, terutamanya dalam perayaan hari kebangsaan seperti ini,” katanya.

Kata Lim lagi, kerajaan BN menguruskan sambutan hari kebangsaan tahun ini dengan cara salah, menjadikan contoh kekecohan sebelum ini dalam penggunaan “Janji Ditepati” sebagai tema Hari Merdeka.

No comments:

Post a Comment