Saturday, August 18, 2012

Amaran Buat MB khalid, YB Roziah dan MBSA: Jangan Sampai Gua Tak Boleh tahan Dan Mengamuk Di Seksyen 24

Wahai Semua yang berkaitan. Hangin dalam badan gua dah berlambak. Hampir tak boleh kontrol. MB Khalid, YB roziah dan MBSA perlu bertindak segera sebelum gua membunuh atau terbunuh.

Kasi setel Masalah parkir kereta di kawasan kediaman penduduk seksyen 24, Shah Alam Selangor. Aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa (MBSA - Majlis Bandaraya Shah Alam) di bawah Dun - Roziah Ismail.

Hal ini terjadi setiap bulan Ramadhan apabila ramai orang datang bershopping di Uptown Shah Alam. Walau pihak Uptown Shah Alam telah menyediakan tapak parking untuk pelanggan mereka, akan tetapi tidak mencukupi. Hinggakan terpaksa parking di luar kawasan Uptown.

Masalah ini telah di ambil kesempatan oleh Persatuan Penduduk Section 24 iaitu Jalan Bendi, Jalan Kesum dan Jalan Peria dengan membenarkan kereta luar parking dalam kawasan tersebut dengan charge RM2.00.

Dalam Perjanjian dengan penduduk, parking hanya dibenarkan diseberang jalan rumah penduduk dan bukannya dihadapan rumah penduduk. Akan tetapi tetap timbul masalah bilamana ada juga kereta luar yang parking di hadapan rumah penduduk, hal ini berlaku apabila petugas dari Persatuan Penduduk cuai dan gagal menjalankan tugas menjaga parking dengan membenarkan kereta luar parking depan rumah penduduk.

Masalah yang timbul dan risikonya;

Terjadi pergaduhan di antara penduduk dengan ahli persatuan yang bertugas. Keharmonian kejiranan terjejas kerana sifat tamak Persatuan Penduduk hendak mengutip duit parking dan menyusahkan penduduk.

Jalan sesak dan hingar binggar hingga lewat malam akibat bunyi deruan enjin setiap kenderaan dan budak2 motor yang rammed motosikal mereka dan juga bunyi hon kenderaan.(uptown buka hingga subuh)

Jika ada kecemasan, penduduk yang pintu pagar rumah mereka dihalangi oleh kenderaan orang luar, bagaimana mereka hendak keluar atau bantuan nak masuk ke rumah.

Kalau rumah pegawai MBSA yang kena blok macam ni apa macam? Selagi tak kena batang hidung sendiri selagi itu MBSA seolah membiarkan masalah penduduk ini berlarutan. Apa kes Wei?

Bukan setakat itu saja...

Sampah sarap yang bertaburan dihadapan rumah penduduk buangan dari orang luar dan budak2 luar yang melepak di kenderaan masing2.

Masalah sosial dan perlakuan sumbang kadangkala terjadi di tempat parking.Naik malu para penduduk dengan anak-anak. Beromen atas motor dan dalam kereta di depan di rumah orang langsung tidak terkawal. Selagi uptown buka selagi itu ada saja yang datang parking. Kadang-kadang berlarutan sampai ke subuh sebijik dua kereta masih parking di situ. APA diorang buat? Buat anak luar nikah?

Berlaku satu kes Anak dara yang pulang ke rumah dari tempat kerja diusik dan disakat oleh malaun yang lepak di kenderaan mereka. Pernah juga berlaku seorang pelajar diikuti dengan lagak mencurigakan sehingga dia terpaksa berlari lintang pukang meninggalkan kasut sandalnya di jalanan sebelum masuk ke rumahnya.Penduduk rasa tidak selamat lagi. Dah lama dah. Nak tunggu sampai ada yang kena rogol atau kena bunuh baru nak bertindak?

Sial betul nasib penduduk di situ. Lagi sial pihak berwajib yang membiarkan dan seolah meredhakan masalah ini berlarutan membelenggu penduduk.

Uptown Siapa kasi lesen, Bukankah MBSA? Oleh itu MBSA perlu bertanggungjawab penuh terhadap segala masalah yang ditimbulkan oleh kewujudan uptown. Jangan macam taik. MBSA perlu ingat gaji lu orang rakyat bayar. So... jalankan tanggungjawab untuk kebajikan rakyat. Rakyat pun senang hati. MBSA pun pasti akan senang hati juga apabila tak ada orang maki. Apabila masalah diselesaikan tak akan ada lagi penduduk yang akan meludah benci apabila melihat muka-muka penguatkuasa MBSA. Rakyat tak akan lagi anggap MBSA macam anjing.

Aduan:
Aduan secara individu telah dilakukan oleh penduduk, malangnya pihak MBSA tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Persatuan Penduduk tersebut.
Ada juga penduduk yang berpersepsi bahawa anggota peronda MBSA telah dirasuah oleh Persatuan Penduduk.

Nak tanya MBSA, Kak Roziah Dan MB Khalid...

Adakah Persatuan Penduduk mendapat kebenaran dari Pihak MBSA untuk menyediakan parking dalam kawasan perumahan...???

Apakah Persatuan Penduduk mempunyai lesen mengutip duit parking..???

Khalid Samad jangan buat pekak dan buta tuli. Shah Alam ibu negeri Selangor. Jaga sikit imej. Jangan main biar saja penguatkuasa MBSA tu jadi tukun.

Roziah Ismail pun satu hal. Pejabat lu kat situ Kak Roziah. Kira-kira 200 meter sahaja. Intai-intai la masalah orang yang di bawah naungan lu. Yang jauh lu nampak, yang depan mata buat derkkkk saja ka? Haha,  Apa jadi kalau penyokong PR anggap YB makan gaji buta? YB tak tau buat kerja, Yb abai kebajikan rakyat. Kalau macam ni gaya nya pasti ramai yang beranggapan demikian. Jangan salahkan mereka YB. Fikir sejenak apa YB buat untuk setelkan masalah ini. Jangan sampai orang ramai boikot lu dalam pilihanraya nanti.

Ingat Kak Roziah, Shah Alam adalah kubu kuat PR. Masyarakat Shah Alam yang kasi angkat kak Roziah jadi ADUN dan bantu PR memang untuk memerintah Selangor. Jangan abai masalah penduduk. Masalah itu mungkin kecil bagi sesetengah pihak tapi bagi kami yang tinggal di situ nauzubillah. Sukarnya kehidupan kami. Kesabaran dan keimannan kami sentiasa dicabar.

Selama ini penyokong BN sahaja yang membabikan MB dan Adun PR, Jangan sampai penyokong PR pun bertindak serupa. Sendiri mau ingat YB sekelian. Selama ini wa respect sama lu YB Khalid jangan sampai wa suspect sama lu... haha!

Jangan takot wahai MB , Selagi BN tak terkubur selagi itu gua tetap undi PR. Jangan lupa setiap kelemahan dalam pentadbiran PR perlu ditampal segera. Belajar dari pengalaman no problem what! 

kihkihkkih!

adios

No comments:

Post a Comment