Tuesday, July 10, 2012

Wanita Islam Tak Pandai Sex : Kelab Taat Suami Terbit Panduan Seks Baru

Selepas menggemparkan negara dengan buku Seks Suci Islam , Kelab Taat Suami (KTS) kali ini tampil dengan satu lagi penerbitan berhubung seks yang dinamakan Risalah Roh Suci dan Seks Suci Islam .

Wakil penasihat KTS Fauziah Ariffin dalam satu sidang media hari ini berkata, penerbitan baru setebal 24 halaman itu khusus untuk bacaan orang ramai dan tidak terhad kepada ahlinya.

Menurut Fauziah, risalah itu menekankan tentang pentingnya seorang isteri untuk taat kepada suami kerana ia merupakan tuntutan agama yang diwajibkan Tuhan.

"Kita secara terus terang cerita bahawa seorang wanita sangat diminta Tuhan jadi isteri baik. Itu tuntutan Allah bukan suami yang tuntut pun.

"Itu yang menjadikan suami berpuas hati dan dapat halang suami daripada melakukan maksiat," kata Fauziah.

Menurutnya lagi, manfaat daripada panduan ringkas dengan harga RM15 itu akan hanya dapat diperolehi jika pembaca menekuninya dengan fikiran yang terbuka.

"Kalau kita baca dengan fikiran terbuka tnpa prejudis, kita akan dapati ia sangat berguna untuk orang yg sudah berumahtangga," kata Fauziah.

Ketika ditanya tentang ketiadaan penerangan teknik seks di dalam panduan itu, Fauziah menegaskan ia hanya diajar kepada ahli-ahli kelab itu sahaja.

"Untuk ahli-ahli, kita ajarlah. Bagaimana nak hadapi suami, berpakaian, 'beraksi' dan sebagainya.

"Praktikal kalau tunjuk haram, kita menceritakan (tekniknya).
"Gambaran tak diceritakan secara lucah tapi untuk orang dah berkahwin itu fahamlah," katanya.

Beliau turut menegur kebanyakan perempuan Melayu yang menurutnya tidak menggunakan sepenuhnya institusi perkahwinan untuk meneroka hubungan seks suami isteri yang halal.

"Maaf cakaplah wanita-wanita Melayu ini ortodoks sedikit sedangkan Allah dah bagi halal," katanya.

Panduan itu dilancarkan bersempena sambutan Nisfu Syaaban dan Israk Mikraj kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) - sebuah entiti korporat yang dibangunkan oleh bekas anggota pertubuhan Al-Arqam.

Turut dilancarkan adalah empat lagi produk lain GISB iaitu akhbar Nur Muhammad, DVD teater umrah GISB, CD wawancara bekas isteri Ashaari Mohamad, Ummu Jah, serta kit profail syarikat GISB.

Tindakan KTS mempromosikan panduan seks sebelum ini menerima tindakan keras pihak berkuasa yang mengharamkan buku Seks Suci Islam dan membuat serbuan ke program yang mempromosikan buku berkenaan.SUMBER

Apa agaknya kandungan buku tersebut? Mungkinkah mengajar para isteri melayani kita seperti pelacur dalam filem porno???? Sesiapa yang terasa isteri dah dingin dan ingin menghangatkan kembali kamar rindu, eloklah menmbelikan buku terbitan Kelab Taat Suami.

Kasi isteri baca. Lu orang jangan baca, nanti tak ada 'surprise'

All Da Best
adios

No comments:

Post a Comment