Saturday, July 7, 2012

Swastakan SAMAN - Biz Paling Kejam Dalam Sejarah Malaysia Akan Dilaksana??

PETALING JAYA 04 JULAI : PKR hari ini mendakwa Kementerian Pengangkutan berkongsi kompaun saman yang dikenakan ke atas rakyat bersama dua syarikat yang diberikan kontrak projek ‘Automated Enforcement System’ (Aes).

Bendahari Agung PKR, William Leong berkata mengikut kedua-dua laporan syarikat Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd menyatakan setiap RM16 bagi satu saman yang dikeluarkan akan diberikan kepada kedua-dua syarikat terbabit.
Katanya, RM16 itu akan diberikan sehingga saman yang dikeluarkan mencecah lima juta.
Manakala, selepas mencecah lima juta saman, Kementerian akan mendapat 50 peratus manakala 50 peratus lagi akan diberikan kepada syarikat terbabit sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun.

“Oleh kerana itu, kedua-dua syarikat terbabit mensasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 juta saman setiap tahun,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Disebabkan itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah Akta Pindaan Pengangkutan yang menyatakan denda minimum sebanyak RM300 dan maksimum RM2000 akan dikenakan bagi setiap kesalahan.

“Ini satu angka keuntungan yang besar kerana apabila selepas jumlah itu, mereka akan berkongsi sebanyak 7.5 peratus lagi,” katanya.

Ahli Parlimen Selayang itu juga mendakwa, salah satu pengarah syarikat Beta Tegap Sdn Bhd iaitu Datuk Arianta Alikusno mempunyai hubungan dengan pemimpin MCA.
“Ini kerana Arianta ini pernah diberikan satu kontrak yang besar pada tahun 2005 daripada Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

“Dalam senarai pemegang saham syarikat Beta Tegap Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Arianta dan anaknya Dr Andres Teoh serta isterinya, Yap Kim See @ Yap Ai Lin dan seorang iaitu Datuk Mohd Yunus Othman merupakan antara pemegang saham syarikat itu.

“Begitu juga dengan syarikat Mediharta Sdn Bhd, adalah orang yang sama,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan bidang kepakaran kedua-dua syarikat itu.
“Apakah kepakaran dan pengalaman mereka dalam Aes?. Apa yang kita tahu teknologi yang digunakan oleh syarikat Beta Tegap hanya daripada sebuah syarikat Australia iaitu Reflex Pty Limited dan apakah kepakaran mereka dalam ‘security hologram’ yang diberikan kontrak daripada Kementerian Kesihatan?” katanya.

Justeru, beliau meminta Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek memberi penjelasan berhubungan kaitan dengan nama-nama terbabit.

“Kenapa Kementeria Pengangkutan tidak memberi kontrak terus kepada syarikat Reflex? Kenapa guna wakil? Ini kerana mereka mahu mengaut keuntungan,” katanya.
Bisnes Saman Trafik Bernilai RM15 Bilion Sedang Menjaga Lalulintas di 831 Kawasan Hitam di Malaysia

Sekarang ini apabila kalangan daripada anda yang “terkena” dan “terpaksa”bayar saman trafik di atas nama membawa kenderaan melebihi had laju, terdapat 2 syarikat yang akan menikmati sebahagian daripada wang anda semua.

Semuanya projek atas nama dasar penswastaan yang bertanggungjawab untuk melakukan pengawasan lalulintas di Malaysia menerusi lambakan kamera yang akan dipasang dan ditambah daripada masa ke semasa di sepanjang jalan-jalan raya yang “menguntungkan”.
Kami rasa ramai yang sudah perasan dengan lambakan kamera di jalan raya sekarang ini dan ramai juga yang sudah menjadi “pelanggan” kepada kedua-dua syarikat ini.

Sebenarnya di bawah “Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik”, kedua-dua syarikat yang kami maksudkan di sini adalah :

Beta Tegap Sdn Bhd (yang akan membuat pengawasan untuk kawasan selatan, tengah Semenanjung Malaysia)

ATES Sdn Bhd (melibatkan kawasan utara, Sabah, Sarawak dan Labuan).


Model perniagaan yang akan dijalankan oleh kedua-dua syarikat ini atas nama penswastaan ini adalah seperti berikut :

Tahap 1: Jika terdapat 5,000,000 juta saman trafik berjaya mereka kutip, sebanyak RM16 daripada nilai setiap saman akan diberikan semula kepada kedua-dua syarikat ini. (Oleh itu, jikalau syarikat ini berjaya melepasi tahap satu ini mereka berpeluang untuk mengaut pendapatan sebanyak RM80,000,000 – RM80 juta untuk peringkat ini sahaja

Tahap 2: Tahap 2 pula lebih menguntungkan. Di mana, jika syarikat ini berjaya mengeluarkan 5,000,000 (5 juta saman trafik), syarikat ini bakal menerima agihan skim yang lebih menarik di mana mereka layak menerima 50% daripada jumlah nilai saman trafik yang berjaya diperolehi dan juga selepas ditolak daripada apa yang diperolehi mereka ketika dibayar selepas mereka berjaya melepasi tahap 1. Kerajaan pula seperti biasa akan mendapat lagi 50%. Maksimum yang dibenarkan bagi syarikat untuk peringkat adalah RM270 juta sebagai angka maksimum

Tahap 3 : Akhir sekali ditahap yang ketiga, selepas ditolak daripada jumlah yang terhutang di peringkat 1 dan juga peringkat 2, syarikat ini bakal menerima lagi 7.5% daripada baki tersebut dan selebihnya kerajaan yang akan memperolehinya.
Hari ini nampaknya kita akan bermain dengan kira-kira di atas keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang berjaya menangkap kesalahan rakyat Malaysia ketika berada di jalan raya. Contoh pengiraannya adalah seperti berikut:

Andaikata terdapat 10 juta saman yang berjaya dikeluarkan dan dikumpulkan setiap tahun dan setiap satu saman trafik itu bernilai RM300, bermakna jumlah saman trafik yang berjaya dikumpulkan mereka adalah sebanyak RM15 bilion
Dan daripada jumlah tersebut, syarikat itu akan menikmati pendapatan sebanyak RM80 juta (untuk Tahap 1), RM270 juta (di bawah tahap 2) dan RM66 juta (tahap 3)
Bermakna jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM416 juta berjaya diperolehi syarikat itu atau bersamaan 28 peratus daripada nilai saman trafik yang terkumpul


Pelaburan Beta Tegap & ATES Untuk Bisnes Saman Trafik di Malaysia :

Beta Tegap dan ATES dilaporkan masing-masing telah membelanjakan sekitar RM300 juta dan RM400 juta bagi melaksanakan sistem penguatkuasaan trafik secara automatik di 831 “kawasan hitam” atau “kawasan yang menguntungkan” di seluruh Malaysia
Kamera dan sistem yang digunapakai sekarang ini diimport khas dari pembekal Australia ($50 juta) dan Jerman (Euro40 juta)

Tempoh konsesi adalah lima tahun

Sistem Kamera mereka mampu rakam kelajuan, kesalahan langgar lampu istarat, memotong laluan berkembar dan juga menggunakan laluan kecemasan
Beroperasi 24 jam

Rekod data kesalahan trafik akan dihantar terus ke pengkalan data JPJ untuk tindakan samna trafik serta -merta

Gambar lebih jelas dan adanya sistem “kedap udara”
Perancangan jangka panjang, untuk ATES sahaja mereka dalam perancangan untuk memasang lebih 3,000 kamera di Malaysia

Agak-agaknya berapa & bagaimana pantas masa yang bakal diambil oleh kedua-dua syarikat konsesi ini bagi mengaut semula pelaburan besar yang telah mereka lakukan selama ini dan mula membuat keuntungan berdasarkan jumlah saman trafik yang dikeluarkan mereka dan yang telah dibayar?

“Dengan pelaburan besar yang telah mereka laburkan ditambah skim dan ganjaran yang kerajaan tawarkan kepada mereka, adakah mereka lebih suka kelompok pengguna jalanraya yang patuh undang atau yang langgar undang-undang?”

P/S : Diharapkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) selepas ini turut mewajibkan AIRBAG untuk semua kenderaan tanpa caj tambahan disamping mutu jalanraya di Malaysia dipertingkatkan atas nama menjaga keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia.

PP/S : Adakah anda merasakan ia adalah pelaburan yang baik untuk negara dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia? -kingofgoblok

adios

No comments:

Post a Comment