Sunday, July 29, 2012

Siapa Pemimpin MIC Yang Dituduh Sebagai Individu Dalam Video Seks?

Dakwaan mengenai seorang pemimpin terkemuka MIC Perak yang dikaitkan dengan video hubungan seks dengan pekerja seks adalah tidak masuk akal, kerana tiada bukti dikemukakan.kata Naib Presiden MIC M Saravanan.

"itu semua pembohongan. Mari kita bercakap secara logik. Dengan berita pilihan raya di segenap sudut, ia adalah peluang keemasan untuk sesiapa yang mahu merosakkan kredibiliti seorang pemimpin," kata Saravanan ketika dihubungi hari ini.

Beliau menolak tuduhan terhadap pemimpin MIC Perak, berkata "ia hanya sandiwara".

"Jika seseorang itu mendakwa bahawa pembangkang memiliki video, apa yang mereka tunggu? Mereka pasti akan mendedahkannya sekarang, sama ada sepenuhnya atau sebahagian ," katanya.

Beberapa portal berita dan akhbar arus perdana menyiarkan dakwaan tersebut, memetik sumber Pemuda MIC sebagai berkata bahawa rakaman video berada di tangan pembangkang.

Bagaimanapun, Saravanan berkata, dakwaan tersebut adalah untuk membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap MIC dan bertujuan untuk memudaratkan individu.

Malaysiakini tidak dapat menghubungi individu yang dikaitkan dengan video untuk mengesahkan tuduhan itu.-malaysiakini

Siapakah pemimpin itu?
adios

No comments:

Post a Comment