Thursday, July 5, 2012

Sepanyol Empat Gol = Polis Malaysia Tembak Rakan Empat Das - Sadis!!

Gambar Hiasan
Seorang anggota polis kini koma selepas ditembak empat das oleh rakan setugasnya ketika berselisih faham ketika mereka bersama-sama menonton perlawanan akhir kejohanan bola sepak Euro 2012 antara Itali dan Sepanyol menerusi skrin besar di sebuah premis hiburan, awal pagi semalam.

Pertembungan dua pasukan bola sepak gergasi Eropah itu berkesudahan Sepanyol yang terkenal dengan jolokan La Roja menumpaskan pasukan Azzurri 4-0.
Kejadian berlaku di sebuah premis hiburan di Taman Nusa Bestari, di sini, pada jam 4 pagi dan mangsa seorang konstabel berusia 24 tahun berasal dari Sarawak.

Sumber polis berkata, mangsa ditembak di perut sebelum rebah di tempat kejadian.

Terbaru semalam,

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata ini kerana kes itu melangkaui disiplin pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan boleh disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

"Kes itu akan disiasat oleh Polis Kontinjen Johor Baharu berdasarkan cadangan atau keputusan Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen itu sendiri," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas kejadian itu.

Sehubungan itu beliau menasihatkan setiap pegawai dan anggota PDRM supaya bijak dan berhemah ketika menggunakan senjata api walau dalam keadaan apa sekalipun.

"Penggunaan senjata api ini tidak boleh disalah gunakan kerana ia (penggunaan senjata api) tertakluk kepada peraturan PDRM yang telah ditetapkan.

"Antaranya, pistol atau senjata api hanya diguna ketika menjalankan tugas-tugas rasmi serta perlu dipulangkan dan disimpan semula di tempat khas apabila tidak digunakan," katanya.

Dalam kejadian itu seorang konstable polis yang koma akibat terkena tembakan empat das yang dilepaskan rakan setugasnya selepas mereka berselisih faham ketika menonton perlawanan akhir bola sepak Euro 2012 antara Sepanyol dan Itali semalam. - BERNAMA

Ulasan

Tekanan akibat provokasi melampau dipercayai menjadi punca perbuatan tersebut.Dalam keadaan tertekan manusia mampu bertindak di luar batas kesedaran atau lebih tepat menggunakan minda bawah sedar.Dalam keadaan ini manusia yang mengalami kemurungan akibat provokasi melampau akan melepaskan segala kemarahan yang terpendam dalam jiwa tanpa mampu memikirkan kesan buruk ke atas diri sendiri dan orang lain.

No comments:

Post a Comment