Sunday, July 15, 2012

Semuanya Taik..don tok shit

Apabila disebut taik semua orang tahu akan betapa jijiknya bahan buangan itu.

Memang seronok mengucapkan kata-kata indah yang berbunga-bunga , memanipulasi pemikiran manusia terutama mereka yang memang diketahui akan percaya dengan segala 'taik' yang diucapkan.

Apa yang bukan 'taik' keluar dari mulut mereka? Tiada .. memang tiada. Semuanya 'taik'.

Selepas merdeka rakyat Persekutuan Tanah Melayu berbangga dengan kebebasan yang mereka capai dari terus dibelenggu penjajah. Wujud pelbagai perbincangan untuk menetapkan pelbagai persetujuan demi keharmonian antara kaum.

Melayu sebagai suku bangsa terbesar di Tanah Melayu pada masa itu dengan riak bangga menyambut kemerdekaan. Kemerdekaan 'bacul' melalui perbincangan dan rundingan antara delegasi Tanah melayu dengan pemerintah  Bristish di London, England.

Perjanjian di Lancaster House, London itu ditandatangani pada 8 Februari 1956 antara Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah melayu dengan Mr. Alan lennox Boyd, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British, mewakili kerajaan British.

Persekutuan Tanah Melayu setelah bertukar nama sebanyak dua kali. Selepas Malaya dan kini Malaysia. Setelah sekian lama memerintah sendiri dengan nama negara demokrasi raja berpelembagaan, malaysia lebih kini maju berbanding dahulu.

Kalau dahulu rakyat kebanyakannya petani dan pelaut, kini mereka ada yang bergelar  pedagang,pekerja kolar putih dan kolar biru. Punyai kehidupan lebih baik berbanding sebahagian yang lain. Mereka menyanjung tinggi usaha kerajaan yang memerintah selama 55 tahun.

Namun mereka sedar masih banyak yang tidak senasib mereka walau tinggal dalam negara yang sama.Diperintah kerajaan yang sama dan dari suku bangsa yang sama 'melayu'.

'Melayu' satu nama agung yang dijulang dan dilaung sekuat-kuatnya oleh mereka yang mendapat keajaiban besar dalam kehidupan hanya dengan melaung slogan 'hidup melayu'

Dengan melaungkan 'hidup melayu' mereka yang tidak berpelajaran bukan sahaja mampu hidup lebih baik daripada seorang graduan universiti malah seorang doktor di hospital kerajaan.Seorang pemandu teksi boleh menjadi menteri dan hidup mewah semewahnya. Seorang samseng kampung boleh menjadi kontraktor kelas A yang menjana jutaan RM setahun.

Nasib melayu yang sering dijulang dan dilaung oleh mulut-mulut berbau 'taik' kekal statik dari sejak merdeka hingga kini. Yang punya harta peninggalan keluarga mampu senyum ketawa, hidup bahagia walau tak mampu dalam banyak perkara. Sekadar cukup makan, cukup pakai seala-kadar yang boleh. Rumah ada walau tak sebesar dan seindah mana , tanah ada untuk bertani. Cukup menampung seisi keluarga makan dan pakai.


Yang menoreh getah turun selepas solat subuh. pulang tengah hari. dan kembali ke ladang waktu petang selepas zohor mengutip hasil untuk dijual.

Selesai urusan jual hasil getaH, keperluan seisi rumah dibeli. Di kala harga getah naik, adalah baki wang untuk disimpan sebagai bekalan musim hujan. Musim hujan tak noreh maka buat kerja lain. Cari pucuk paku , tangkap ikan paya dan sungai untuk juadah harian keluarga. Jemu dengan pucuk paku , pucuk salang, pucuk ubi dan dedaunan hutan lain yang sesuai dimakan dibawa pulang untuk anak dan isteri.

Namun masih indah dipandang, bangsaku ini mampu makan , berpakaian dan berteduh di rumah yang sekadarnya walau kurang sempurna.

Yang tiada harta bergelandangan ke sana ke mari mencari rezeki kais pagi makan pagi. Menyewa rumah-rumah buruk di desa pinggir bandar yang jauh dari kampung halaman . 


Yang lebih malang menginap tabah di pondok-pondok buruk binaan sendiri beratapkan plastik buangan, berdindingkan banner luput tarikh yang direntap disekitar  laluan mencari rezeki.Tilam? bertilamkan kertas kotak tebal yang disusun berlapisan di atas sekeping papan lapis yang diusung pulang  dari kawasan buangan sisa binaan.

Di situlah dia, isteri dan anak-anak berteduh. Tidur baring bergelimpangan bak sekumpulan manusia yang mati tertembak di era perang dunia. Di situlah si ibu/isteri yang redha dengan kekurangan suami; memasak, menyediakan makanan untuk anak-anak dan suami. Di situlah segalanya.

Anak-anak yang dijaga mereka ada kalanya tiada kad penegenalan malah ada yang tiada sijil kelahiran.Apatah lagi bersekolah. kedaifan hidup tidak memungkinkan mereka dapat meluangkan masa dan wang untuk urusan-urusan penting tersebut.

Dan inilah perkara asas tulisan hari ini. Inilah melayu yang sepatutnya dibela tetapi tidak dipedulikan. Merekalah melayu jijik, kotor, dan hina. Yang hanya mulia apabila tiba musim pilihanraya. Melayu pejuang bangsa datang dengan pelbagai buah tangan dan janji manis.

Serah sampul surat berisi wang entah berapa RM dengan disaksikan  lensa kamera video stesen tv aliran perdana. Disiar dalam berita untuk tatapan seluruh rakyat malaysia dengan harapan menunjukkan betapa prihatinnya seorang pejuang nasib melayu, pembela melayu dan tukang pertahan hak-hak melayu.

'Oh, my adun. God bless you, I will vote for u again this coming PRU'

Jumlah bangsaku yang bernasib begini bukanlah banyak mungkin sekitar 1,000 keluarga di seluruh semenanjung. Itu pun tidak terbantu dek pejuang melayu yang slogan laungannya 'hidup melayu' tak berhenti/tak lekang dari ucapan di bibir.

Kakikatnya hanya 'taik'. Busuk-sebusuknya manusia yang mengucapkan kata memperjuangkan nasib melayu tetapi tidak mengotakan kata.

Apa mungkin benar adun tidak tahu wujudnya keluarga daif begini dalam era negara moden dan separa maju ini? Tersiar di kaca televisyen dan muka-muka suratkhabar juga masih mengaku tidak tahu? Jangan hipokrit..

Terbaru Harian Metro pada Jumaat,13 April 2012 melaporkan terdapat sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang bapa yang menghidap kencing manis dan dua orang anaknya masing-masing berusia 9 dan 13 tahun yang hidup melarat di pondok buruk di Pasir Gudang, Johor.Berita itu turut diulas kembali oleh harian metro pada hari berikutnya di mukasurat empat.

Ramadhan kian menunjukkan sinarnya. Kemunculannya dinantikan semua umat islam seluruh dunia. Lihatlah nanti muka-muka 'taik' ini menghulurkan bantuan hari raya kepada golongan kurang bernasib baik. Ini rutin biasa bagi muka-muka 'taik' ini. Tunggu dan saksikan sendiri di dada akhbar dan kaca televisyen.

Besar harapan di hati ini mengharapkan melayu-melayu ini dibela. Mereka tiada tanah, mereka tiada wang, dan mereka tiada pay slip membuatkan mereka sukar mendapat bantuan pprt. Namun segalanya ada penyelesaian kerana undang-undang dan peraturan pprt adalah ciptaan manusia yang berkuasa dalam kerajaan.

Jika PPRT tidak layak, zakat layak diberi. Gunakanlah wang zakat untuk membantu mereka. Mereka itu melayu islam yang punya hak terhadap wang yang dizakatkan. Lakukanlah sesuatu untuk bangsa melayu ini. Bangsa yang menjadi senjata utama seampuh bom nuklear ketika berperang memenangi PRU.

Parti-parti politik yang bertanding perlu campakkan adun 'taik' ini. Pilih bakal adun yang bukan ber'taik'. Selagi adun 'taik' yang bertanding dan menang selagi itulah nasib melayu daif ini tidak akan terbela.

 Nah terimalah DON TOK SHIT -REMIX 
video

I just wanna say FAKiu
Kan Ni Na
Ham Ka Chan
to all fuckinnn adun

Pi Mampoi Sama Lu di PRU13


adios

No comments:

Post a Comment