Friday, July 20, 2012

Mengandung Kerana Parti Lolipop No Problem Boleh Memboyot Di Sekolah

KUALA LUMPUR: Sekumpulan remaja, majoritinya masih di bawah umur, dikesan membentuk satu forum sosial lebih 3,500 ahli di facebook dan twitter semata-mata untuk bergabung menyertai beberapa siri pesta liar.

Kumpulan lelaki, perempuan, pondan dan lelaki lembut itu menggunakan laman sosial terbabit untuk berinteraksi bagi menetapkan tarikh dan lokasi pertemuan mereka.

Yang menakutkan, pertemuan dirancang rangkaian sosial itu bukan keraian biasa, sebaliknya pesta liar dinamakan ‘parti lolipop’ yang diadakan di beberapa pusat hiburan.

Difahamkan, ada pusat hiburan menganjurkan parti dengan nama lolipop sama seperti sambutan ‘ladies night’, dan lolipop didakwa merujuk kepada ahlinya yang sebahagian besar remaja bawah umur.

Lebih menyedihkan, parti berbaur maksiat dari satu lokasi ke satu lokasi itu turut menghidangkan arak selain pil khayal yang dikhuatiri boleh membawa kepada hubungan seks haram. Harian Metro

Sementara itu..

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pelajar-pelajar yang hamil masih boleh mengikuti persekolahan di sekolah kerajaan seperti normal sebagaimana dilalui pelajar lain, malah mereka mempunyai segala hak untuk akses kepada sistem pendidikan.

Seorang pegawai Kementerian Pelajaran mengesahkan, pelajar hamil masih boleh ke sekolah kebangsaan sekali gus menolak persepsi bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian atau dihalang.

“Remaja yang hamil masih boleh ke sekolah,” kata pegawai itu kepada The Malaysian Insider.

Tiada peraturan yang menghalang pelajar perempuan daripada menghadiri sekolah seperti biasa jika mereka mengandung atau telah berkahwin, kata pegawai itu lagi.

“Dalam peraturan kita, kami tidak mengatakan bahawa mereka tidak boleh hamil, tetapi mereka hanya tidak boleh ponteng,” katanya lagi.

Bagaimanapun bagi mereka yang ada rekod mengelak daripada datang ke sekolah selama 60 hari akan dibuang secara automatik, katanya.

“Hakikatnya mereka boleh ke sekolah. Persepsi itu adalah silap. Itu hak mereka mendapatkan pendidikan,” katanya.-themalaysianinsider


Lesen Mengandung dah ada. Apa lagi, Bebudak Balun jer la!!!!
Kat sekolah boleh eksen kat kawan-kawan "aku dah projek"
"korang try la , best wa cakap luuuu!"

Bakal berlambaklah yang memboyot di sekolah.
Cikgu pulak boleh jadi biol kendali masalah pelajar



Khalid Perhangat Isu Air Selangor Bikin Syabas Mengelupur 
adios




No comments:

Post a Comment