Saturday, July 28, 2012

Kerajaan Negeri Perlu Ambil Alih Air Selangor

Kerajaan Pusat dan Syabas beriya-iya benar mahu meneruskan pembinaan loji langat 2 bagi tujuan menyalurkan air dari sungai Pahang ke Selangor bagi tujuan bekalan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Hasrat sebenar Syabas dengan sokongan penuh kerajaan Barisan Nasional meneruskan pembinaan loji itu walaupun kosnya terlalu mahal menimbulkan tanda tanya.

Dakwaan menyatakan bahawa krisi air akan berlaku dan empangan akan kering berjaya ditolak dengan bukti oleh kerajaan negeri Selangor. Jelas sekali kesemua empangan air yang menyimpan dan membekalkan air untuk rakyat Selangor masih penuh dan tiada tanda-tanda akan mengering.

Apabila isu ini berjaya ditangkis oleh kerajaan negeri, Syabas mengalih isu kepada bekalan air yang terawat. Isu terkini ialah membekalkan air bersih dan terawat kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan putrajaya.

Bagi menjawab isu terbaru ini kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa;

Kesemua 34 loji di Selangor mempunyai kemampuan mengeluarkan 4807 juta liter sehari tetapi Syabas hanya mengeluarkan 4371 juta liter air bersih sehari. Ini bermakna Syabas tidak menggunakan sepenuh keupayaan pengeluaran kesemua loji air Selangor. Syabas sendiri yang beroperasi di bawah keupayaan sebenar berbanding keupayaan loji air Selangor.

Terdapat sebanyak 436 juta liter sehari yang gagal dilakukan oleh syabas. Ini boleh membawa maksud kegagalan syabas sendiri dalam melaksanakan rawatan air secara maksima.

Mengapa semua ini berlaku? Adakah Syabas memang tidak mampu atau sengaja tidak menggunakan keupayaan 100% bagi maksud tertentu. Jika Syabas sengaja beroperasi di bawah keupayaan sebenar , maka ada kemungkinan Syabas sengaja mencipta panik di kalangan rakyat Selangor sehingga menekan kerajaan negeri untuk meluluskan pembinaan loji Langat 2.

Menteri Besar Selangor juga telah mendakwa bahawa dakwaan Syabas yang mengatakan kadar rizab air Selangor hanya 2% sebagai tidak tepat.

Khalid mendakwa kapasiti pengeluaran adalah 11% dan akan meningkat kepada 18% selepas Mac tahun depan apabila projek tebatan disiapka. Beliau berkata projek tebatan akan meningkatkan keupayaan loji rawatan serta sistem pengedaran.

Khalid menambah bahawa apabila projek tebatan itu siap, kapasiti pengeluaran akan meningkat kepada 5139 JLH, yang merupakan 768 MLD lebih daripada kapasiti pengedaran Syabas '.

Kerajaan Negeri perlu menggunakan segala peruntukan undang-undang yang termaktub dalam perjanjian konsesi air Selangor untuk mencari ruang bagi mengambil alih pengurusan air di Selangor demi kesejahteraan rakyat Selangor.

adios

No comments:

Post a Comment