Friday, July 13, 2012

Karya Almarhum Khalil Afandi "ALLAH yang menilai semuanya..... bukan aku." - Satu Rintihan Jiwa?

EMAS.... intan permata yang berkilauan. Harta dunia. Memilikinya bagaikan memiliki seluruh dunia. Gila semuanya kita dibuatnya. Tetapi..... Kenapa tinggi sangat Ya Allah.... letaklah bawah..... rendahkan. Letak dekat-dekat senang nak ambil.

Emas dan intan permata
Taburkan aja setiap kali hujan turun maka nanti manusia tak perlulah berebut-rebut sampai berbunuh-bunuh. Biarkan lah senang untuk kami manusia menilai dan memilih. Allah ini bodoh ke apa? Tidak aku mengerti sifat-sifat Allah juga nama-nama Allah. 99 nama Allah yang hebat-hebat semuanya bagaikan tiada erti. Segala apa jika dinilaikan hebat oleh manusia, selalu saja Allah letakkan tinggi mencapai awan. Terlalu tinggi tak tercapai..... tetap cuba digapai sampai longlai. Gila apa Tuhan ini.Terdapat banyak ayat-ayat dalam Al Quran menceritakan tentang emas permata.

Ali ‘Imran, ayat 14; "Dan dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu; wanita-wanita, anak harta yang banyak dari EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)"

Ali ‘Imran(3), ayat 91; "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka EMAS sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan EMAS (yang sebanyak itu). Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong".

Wahai!..... kawan ku lihat ini. Kuasa pemerintah yang gunanya untuk menjaga keadilan....... MOGA-MOGA rakyat dapat hidup bahgia dunia dan akhirat.... bagaikan tidak berguna. Manusia yang punya kuasa membolot kesemua emas yang ada. Pemerintah yang diberi kuasa cuba takluki pemikiran manusia. Apa katanya... " Kami ini adalah anugerah Allah untuk umat manusia. Sayangnya Allah pada kamu adalah kesan dari sayangnya kamu kepada kami. Redha pemerintah maka Allah juga akan redha pada kamu. Sayangi kami pasti Allah akan sayangi kamu". Gila apa manusia.

Amanat yang mereka kata anugerah dari Allah memberi mereka kuasa..... dieksploitasi demi emas dan intan permata. Ramai diantara keturunan mereka ini telah mati lemas didalam 'kepuk emas dan intan permata'. Mereka tetap juga gagal dalam menilai untuk apa emas dan permata Allah jadikan. Mereka mati penuh bangga berkubur bersama harta dunia.

At-Taubah(9), ayat 35; "Pada hari dipanaskan EMAS perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan".

Manusia dibiarkan hidup penuh sengsara. Satu... satu.. satu... manusia mati diSomalia akibat kebuluran. Semua yang berkuasa, yang meletakkan Islam sebagai ugama rasmi..... telah kaya-raya diBumi Allah ini. Kesemua mereka.... Kesultanan Brunei..... Ketua-ketua kerajaan Islam ...... konglomerat...... Raja-raja melayu..... kesemuanya mereka ini sedang leka mengumpul dan mengira harta dunia. Leka benar mereka ini. Biarkanlah siLuncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan... biarakan.... biarkan!

Kenapa begitu miskin 'jiwa' umat Islam diMalaysia? Mana Alim ulama.. tengah korek taik hidung depan TV kot. Apakata Alim Ulama hari ini.... "biarkanlah Allah yang menentukan segala-galanya. Kita ini cuma manusia...... lemahnya kita ini. Siapakah kita untuk merubah Takdir Allah". Aduh sakitnya aku. Kata-kata itu adalah peluru kecil yang sangat halus. Ibliss telah menembak secara senyap. Setiap dari kamu telah ditembusi satu... satu... satu.... oleh peluru ini. Kamu malas berusaha hingga semuanya jadi letih dan lesu.

Alquran adalah 'manual' cara mana Islam yang dibawa Muhammad dapat merahmati seluruh umat dunia. Alquran sudah tidak berfungsi seperti sepatutnya. Alquran telah hilang nilai sebagai mukjizat dari Allah untuk umat manusia. Manusia Islam hari ini menilai hidup mereka tidak berpandukan Alquran. Apakah panduan mereka? Tanyalah pada mereka...... mana ku tahu apa kitab rujukan umat Islam hari ini.

Semua manusia telah gila. Manusia sudah gila angkara emas dan intan permata. Gila manusia dibuatnya. Pelikla pulak kerana orang gila tak perlukan emas permata dalam hidup mereka. Ada makan dan pakai sudah mencukupi pada siGila.


Sigila sedang merenung masa depan umat manusia.

Kita belum lagi habis berbincang mengenai emas dan intan permata. Jom kita perhalusi nilai emas. Emas dengan sifatnya cantik berkilau begitu memikat pandangan mata. Manusia dengan segala kekuatan berusaha sungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Sebagaimana emas begitu juga wanita.... cantik, anggun dan menawan.

Emas tanda kehebatan wanita. Wanita yang disaluti emas kelihatan anggun memikat. Kepada yang cantik akan bertambah cantik..... maka tersunggkurlah lelaki gelogoh dihujung kakinya. Inilah jadinya kepada lelaki bernama XXXXXXXXX (nama sebenarnya gua delete) . Seorang lelaki bongok yang bertuhan hawa nafsu. Nafsu perlu dikendalikan dan dikawal bukannya dituruti sepenuhnya seperti binatang yang tidak mampu mengendalikan nafsu. Allah memberi perumpamaan seperti anjing apabila manusia terlalu menurut hawa nafsu mereka. Firman Allah bermaksud;

“Dan kalau Kami Menghendaki sesunggunya Kami Tinggikan derjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidah dan jika kamu biarkannya dia menghulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Cerita-cerita demikian bermaksud agar manusia memikirkannya.” (al-A’raf, 7: 176)

Aku berusaha untuk keluar dari kehidupan emas dan intan permata. Aku telah tahu untuk mentafsir cara aku sendiri tapi bukannya semberono. Aku diberi petunjuk dan pengajaran dari Allah Tuhanku. Pasti masyarakat akan memandang aku seperti seekor 'kera sumbang'. Aku akan terus sendiri dan menyendiri. Ahhhh pedulikan mereka.

Diawal-awal usia perkahwinan, isteriku juga membenci aku gara-gara paradigma ku yang dikatakan sesat. Cuma kuasa takdir yang masih mengikat perkahwinan kami pada ketika itu. Bersendirian 'jiwa' ini mengharungi kata nista dari isteri ku.... "dia ingat dia siapa.... ilmu ugama yang sedikit dan entah apa-apa dibangga-banggakan". Ialah aku sedar siapa aku..... merintih 'jiwa'ku diseret penuh kesakitan. Siapakah aku ini. Pada waktu itu belum kutahu siapa aku.

Itu dulu.... telah lebih 10 tahun usia perkahwinan kami. Sekarang isteriku begitu menyanyangi aku. Kami tinggalkan masyarakat dengan kebodohan meraka. Maka jadilah kami dua ekor "kera sumbang" pada mata masyarakat. Tidak ku pedulikan semuanya..... kerana apa? Kerana Allah Tuhanku yang menilai kami bukannya manusia.

Manusia disebabkan terlalu lama dibumi ini jadi sombong dan angkuh. Allah beri ilmu satu.. satu... satu... Nah sekarang apakhabar kamu wahai manusia. Bagaikan tidak mahu ditinggalkan Bumi ini. Bumi ini medan ujian sahaja. Semuanya kita nanti akan pulang kekampung halaman kita. Benar-benar manusia telah lupa semuanya.

Manusia ini tidak punya ilmu pada mulanya ketika awal-awal kehidupan diBumi. Manusia belajar dari Ilham yang diberi oleh Allah. Lihat bagaimana Allah menjadikan Alam Maya ini.

Allah Tuhanku menjadikan seluruh alam maya ini dengan 6 masa. Satu.... satu... satu.. sampai 6. 6 adalah satu nombor yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. 6 kalau mahu hidup bersama manusia 6 wajib dipasangkan. 16, 60, 61, 66, 601 tak kira apalah baru enam boleh berhimpit-himpit dengan manusia diBumi. 6 tidak sempurna kalau ianya manusia berjari 6..... dia manusia cacat. 6 adalah kecacatan. Pasti!

Allah Tuhanku yang Maha Sempurna menjadikan alam maya seluruhnya dalam 6 masa..... pelik!

Firman Allah yang bermaksud;
“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam waktu enam masa.” (Qs. Hud [11]:7)

Kenapa tidak 7 masa?.... 7 masa barulah sempurna. Allah tak tahu ke?. Kenapa tidak 7. 7 hari.... 7 lautan dan 7 keajaiban Dunia. Jika Allah jadikan Alam ini semuanya dalam 7 masa tak perlulah aku nak menulis bagi kamu faham. Allah sangat menyusahkan aku.... BOSS why you choose 6. Bukankah sepatutnya 7?

Ia benar ia sepatutnya 7 tapi Allah pilih 6 supaya manusia yang faham apa yang dimaksudkan dengan kesempurnaan akan mencari sebab. Sebab apa 6? Disebabkan 6 lah aku dapat urai banyak persoalan dalam kepala otak aku. Kenapa 6? Kenapa 6? Lama aku bertanya tapi Allah Tuhanku membiarkan aku mencari sendiri maksud yang tersirat. Apa yang disurat telah terlerai sudah.

Untuk pengetahuan pembaca dengan terlerainya rahsia 6 masa aku menangis semau-maunya kerana apa? Adakah kerana aku takut? tidak. Adakah kerana terlalu gembira? tidak juga. Kerana kita selama ini solat mengadap kiblat..... arahnya Kaabah. Aku sukar untuk sujud dihadapan benda ini.


Kain-kain tutup apa? Warna hitam pulak.... ada Hantu besar kat dalam tu ke?. Aku cuma mahu sujud dihadapan Allah sahaja. Kaabah ini benda.... aku tak mau. Rupa-rupanya ada rahsia besar yang Allah mahu aku cari sampai dapat. Maha Suci Allah.

Kita biarkan soal kaabah nanti ada senang aku sambung.

Allah yang menilai semuanya kamu.... bukan aku. Aku juga dinilai oleh Allah Tuhanku. Mari kita belajar menilai manusia. Untuk menilai sesuatu perlu kepada Ilmu. Setiap andaian kita adalah tafsiran kita. Jika betul bagaimana nak tahu. Aku betul engkau salah. Tak adil. Ehhh! asik kau aje betul kenapa?. Apa ni?

Kuasa yang ada menjadikan sesuatu yang jelas-jelas hodoh nampak cantik. Sesuatu yang kita nilai sangat buruk, hodoh dan mengerikan dibatalkan oleh kuasa yang ada. Benda yang cantik serta bersih yang amat memikat dari hasil kajian kita...... terpaksa kita tolak untuk dijadikan sahabat 'Akal'.


Kita dipaksa untuk memilih najis babi serta najis anjing sebagai makanan. Semua kamu memamah makanan ini sikit-sikit dalam penuh siksaan untuk Jiwa. Hairannya..... kamu terus-terusan memamahnya tanpa tercekik sedikit pun. Dimanakah ilmu nilai rasa yang kamu pelajari sepanjang hidup sebagai Manusia. Dimanakah apa yang 'jiwa' namakan sebagai perjuangan. Perjuangannya dimana? Taat dan akur semua perintah membuta tuli macam anjing.

Ia..... kamu telah menjadi anjing. Anjing binatang istimewa kerana ia comel dan taat perintah tuannya. Anjing selama-lamanya anjing tapi tidak kamu. Kamu adalah manusia yang mempunyai sifat taat bongok yang ada pada anjing. Ramai manusia telah menjadi anjing. Manusia yang telah menjadi anjing 'jiwa'nya telah gagal dalam ujian dibumi sebenar-benarnya.


Ini ada satu bingkisan untuk kamu pelajari...... ia didatangkan dari Brunei Darul Salam. Ada sesuatu untuk semua 'jiwa' pelajari. Fahamkan sunggu-sungguh. Ada satu pelajaran yang aku nilaikan sangat besar. Itu pun jika kamu mengerti.


HUJAN.

Aku jika disuruh oleh ibuku kekedai dikala hujan lebat.... tidak akan aku penuhi permintaan itu. "Sabarlah sikit wahai ibu"...... nantikan hujan pasti reda. Jika bermain dalam hujan itu 'isu' lain. Kanak-kanak pastinya suka main hujan. Disuruh bekerja dalam hujan lebat.... gila apa.

Hujan yang lebat mencurah-curah isteriku suruh aku pergi kedai dengan berpayung...... " anak nangis nak susu... lapar budak ni. Pergilah kedai tu... tak jauh pun cuma sebatu aja... nak tunggu hujan reda mati pulak budak ni"..... bergegas aku kekedai demi anak tersayang. Demam pun tak pa... aku sayang anak ku. Aku pergi kekedai dalam keadaan berlari.. tidak aku peduli.

Tatkala guruh berdentum-dentum dalam perjalanan ketempat kerja. Hujan pun turun dengan lebatnya seiring petir yang sabung menyabung.... aduh kuyup aku. Hari ini aku cutilah tak mahu pergi kerja.... gila apa naik motor dihujan lebat ini. Boss nak marah pun aku tak peduli. Hujan pun 'boss' nak marah. Pirahhhh.

Hari jumaaat. Hujan turun dengan lebat membolehkan kita cuma solat Zuhur dirumah. Allah tak marah kamu. Kamu bukan hamba yang engkar pada ketika itu..... jika kamu mahu meredah hujan terserah. Pasti ada baiknya bagi kamu. Allah memberi kamu pilihan..... mana-mana pun pilihan kamu tidak menambah atau mengurang kasih sayang Allah pada kamu. Faham kan sungguh-sungguh.

Jiwa yang merdeka bermaksud kamu bukannya manusia yang dikat pada hidungnya macam lembu. Jiwa yang merdeka bermaksud kamu dibolehkan membuat keputusan sendiri. Jiwa yang merdeka bermaksud kamu adalah Raja dalam membuat keputusan. Kamu tidak takut sesiapa pun dalam pada membentuk hubungan sesama-sama manusia. Kamu bukannya anjing suruhan yang taat dan akur.

Maka sekarang ini maka kamu sepatutnya sudah faham tindak-tanduk ataupu sikap adalah cerminan 'jiwa'. Lihat rakyat Brunei yang bongok ini.... gambar kat atas tu. Tengok dalam hujan lebat mereka merai majlis Kahwin siAnak Sultan. Mereka sanggup berhujan demi Sultan mereka. Dipayungi siAnak Raja sepanjang perjalanan. Jangan siAnak Raja ini basah. Semua hamba rakyat goblok ini rela basah kuyup. Apakah semua ini?

Woi!...... bodoh hujan lebat tu pergilah balik rumah. Semua ibu-bapa pasti tak benarkan anak-anak main hujan... Demam nanti..... tapi demi Sultan Brunei mereka telah dianjingkan. Rakyat yang bongok ini sanggup buat apa saja. Lihat tu sipengiring tu. Dalam hujan lebat tegak-tegak badan mereka berjalan macam pahlawan.... Itu bukan pahlawan la ngok.... itu namanya bodoh. Kamu semua membodohkan diri dan kaum kerabat kamu. Tinggalkan siAnak Raja dalam hujan, biar dia tersengih-sengih macam kerang busuk. Bodoh betul rakyat Brunei. Sesiapa yang berada dalam hujan lebat itu telah gagal dalam ujian 'jiwa'.


Semua ini diberi markah oleh Allah. Allah menilai kamu... semuanya kamu itu pada saat dan tika itu adalah jiwa yang gagal meskipun tidak pernah tinggal solat tahhajudd walaupun sekali.... kerana apa? Kerana pada ketika itu 'jiwa' telah bertuhankan manusia. Jiwa itu rela membiarkan Jasadnya basah kuyup demi Sultan tersayang. Gila apa manusia.- kredit penuh kepada jayanegara

adios

No comments:

Post a Comment