Monday, July 16, 2012

Gua Suka Hisap Ganja, Apa pasal lu orang kasi haram?

sumber
"Gua mula menghisap  ganja sejak  terlibat dalam ketenteraan semasa perang Amerika-Vietnam pada tahun 1960-an sehingga kini gua masih mengambilnya setiap hari." Stone.

Pengarah filem "Savages" Oliver Stone telah mencetuskan kontroversi apabila mengakui beliau mengambil dadah jenis marijuana atau lebih dikenali sebagai ganja.

Seperti yang dilapokan oleh huffingtonpost, Stone turut mengakui bahawa beliau telah mencuba dadah tersebut di serata dunia seperti di Asia, Afrika termasuklah di Amerika Selatan, dan berkata ganja daripada Amerika Syarikat adalah yang terbaik.

Stone yang merupakan seorang ahli politik turut membantah sekeras-kerasnya undang-undang Amerika Syarikat yang mengharamkan ganja yang dikatakan sebagai dadah berbahaya.

"Ganja boleh diguna secara sah dalam undang-undang. Ia boleh dijadikan selamat, sihat dan boleh dikenakan cukai. Pihak kerajaan boleh gunakan hasil cukai itu untuk membiayai pendidikan rakyat dan sebagainya tanpa mengalami kerugian yang banyak akibat memasukkan ramai orang ke dalam penjara," ujarnya.

sumber
Pengarah berusia 65 tahun ini turut mempersoal mengapa ganja diharamkan sedangkan ia tidak berbahaya seperti tembakau, ubat preskripsi dan alkohol.

"Saya tak terancam. Seperti yang anda boleh lihat, badan saya masih sihat walaupun usia meningkat dan minda saya elok lagi. Saya tak kata yang saya ni hebat, tapi saya masih berupaya melakukan pelbagai benda," sambung beliau lagi.

Filem terbaru arahan Stone "Savages" yang dibintangi Salma Hayek dan John Travolta berkisar tentang keganasan yang berlaku daripada aktiviti pengedaran marijuana dan mengenai isu pengharaman dadah tersebut yang sering kali diperdebatkan orang ramai.

sumber
Oliver Stone pernah memenangi dua Anugerah Akademi sebagai pengarah filem terbaik bagi filem "Platoon" (1986) dan "Born on the Fourth of July" (1989). Antara filem arahan beliau yang lain adalah "Alexander" dan "Wall Street: Money Never Sleeps". SUMBER

Kalau Amerika punya ganja lebih bagus kenapa masih import dari Myanmar?
Kat malaysia ganja juga dikenali dengan nama 'sayoq' dan 'tembakau acheh'.Kebanyakan ganja yang terdapat dalam pasaran Malaysia adalah diseludup dari Acheh dan Myanmar melalui Thailand.

Banyak anak Acheh hidup kaya raya di malaysia. Wa sangsi dengan mereka ini. Kebanyakannya berniaga kedai rokok, kedai runcit dan tukang gunting rambut. Memang diakui menjual rokok seludup dari indon menghasilkan pendapatan yang lumayan. Tetapi orang-orang Acheh ini tetap perlu dipantau pihak berkuasa.

KahKahKah!
adios

No comments:

Post a Comment