Saturday, July 28, 2012

Bonus PA: Lim Guan Eng Dan Khalid Samad Bagi Lagii Banyak

KUALA LUMPUR, Julai 26 - Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengumumkan Bonus Hari Raya Aidilfitri untuk penjawat awam negeri.

Di George Town, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) hari ini mengumumkan bonus setengah bulan dengan bayaran minimum RM600 kepada 3.780 anggota perkhidmatan awam negeri.

Beliau juga mengumumkan bayaran RM300 untuk 10 penyelia dan 1391 buruh tidak mahir. Pembayaran bonus di Pulau Pinang akan membabitkan wang pembayar cukai sebanyak RM3.9 juta.

Di Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan juga akan membayar bonus setengah bulan dengan bayaran minimum sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri.

Tambahan RM200 bonus juga akan dibayar ke dalam skim Simpanan Selangorku untuk setiap penjawat awam. Tambahan sebanyak RM200 itu akaun tabung haji bagi PA yang menganut agama Islam manakala Penjawat Awam bukan Islam akan menikmati pembayaran mereka dalam bentuk sijil Bank Simpanan Nasional.

Bonus Selangor akan membabitkan wang pembayar cukai sebanyak RM20 juta.
dialihbahasa daripada berita-TheMalaysianInsider

No comments:

Post a Comment