Friday, July 6, 2012

BONUS PA: Beranikah Najib Ulangi Kesilapan Pak Lah??

Menjelang PRU12 pada 2008 , ramai PA mengharapkan agar Pak Lah mengisytiharkan bonus tahunan yang sudah lama tidak dirasai oleh PA.Ramai menduga Pak LAh akan memberi bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji pada tahun itu sebagai usaha untuk mengambil hati PA yang selama ini mengharap namun tidak pernah merasa.

Bagi isteri yang bersuamikan seorang PA dan anak-anak yang berbapa atau beribukan seorang PA, mereka juga turut duduk di depan kaca televisyen menanti dengan penuh harapan agar suami, ayah atau ibu mendapat lebihan rezeki kurniaan kerajaan yang menjadi majikan dan diisytiharkan dalam belanjawan negara .

Keputusannya, PA , suami/isteri dan anak-anak hampa lagi apabila Pak Lah tidak mengumumkan pemberian bonus pada tahun itu. Pembentangan belanjawan negara yang dibacakan PAk Lah tidak langsung menyebut tentang bonus.

Akibatnya Pak Lah telah merasa bahana yang buruk apabila BN kehilangan empat negeri kepada pembangkang walaupun akhirnya najib berjaya mengusahakan Perak kembali kepada pemerintahan BN.

Pak Lah sendiri telah menjadi bahan omokan orang-orang kuat UMNO yang tidak puas hati dengan kepimpinan dan strategi pilihanraya yang dibuatnya. Desakan-demi desakan bertali arus diterima Pak Lah. Pelbagai isu diutarakan oleh saingannya dalam UMNO bagi mendesaknya melepaskan jawatan.

PA yang marah adalah antara faktor kekecewan besar BN dalam PRU12. PA sering menjadi budak-budak menunggu ayahnya pulang dari tempat kerja dan membelikan buah tangan. Itulah perumpamaan gua terhadap PA pada setiap kali belanjawan negara dibentangkan. Itulah nasib PA sejak sekian lama. Setiap kali belanjawan itulah yang mereka harapkan.

Sejak pemberian bonus PA dimasukkan dalam SSB hingga SSM entah berapa kali PA merasa bonus sebulan gaji. Selebihnya hanya saguhati RM1000 atau setengah bulan gaji dan terburuk ialah RM500.

Bagaimana dengan pilihanraya kali ini? Adakah Najib akan mengulangi kesilapan Pak Lah?


Pelbagai berita perbelanjaan melampau Najib dan Isterinya dengan menggunakan wang kerajaan terpampang di merata blog dan media berita internet. Dan pastinya PA mengetahui akan hal ini. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian-Kementerian lain di sekitar Putra Jaya.

Jika Najib bijak, Najib tidak akan mengambil ringan berita-berita seperti ini. Berita sebegini tersebar meluas dengan cepat. Tiada halangan berita maya buat masa ini.PRU13 bakal menjadi medan balas dendam yang lebih buruk kepda UMNO BN.

Dendam kali ini lebih berat kerana bukan sahaja PA yang akan menolak UMNO BN tetapi turut serta ialah keluarga,saudara-mara dan rakan taulan.

Jika tahun lalu (2011) PA hanya merasa setengah bulan gaji atau minima RM500, bagaimana tahun ini? Tahun di mana BN dan UMNO terdesak perlukan sokongan PA untuk terus memerintah.

Ramadhan menjelang tiba. Semua umat akan Islam melaksanakan ibadah puasa seperti tuntutan agama. Dua minggu berpuasa, PA akan mula buka mulut seperti tahun-tahun yang lalu. Sudah menjadi rutin tahunan. Minta jasa baik kerajaan berikan bonus walau selalunya hanya dapat saguhati Hari Raya. PA akan tetap memohon.

PA terpaksa minta sedekah.Walaupun bunyinya macam hina namun mereka meminta daripada yang 'ADA'. Dan mereka tahu meminta adalah hak mereka. Untuk memberi atau tidak itu adalah hak kerajaan. Untungnya di Malaysia PA tidak pernah berpiket apabila kehendak meraka tidak tertunai.

Harapan 1.4 juta PA disandarkan dibahu Quepacs.

Quepacs sebenarnya adalah tempat mengadu 1.4 juta PA. Tanpa Quepacs suara-suara PA tidak akan didengar. Semua rintihan keperitan hidup, bebanan kerja dan kebajikan PA diadukan kepada Quepacs. Quepac lah yang mengembeling tenaga menuntut apa jua penambahbaikan kebajikan PA.

Kalau Quepacs main wayang habislah PA. Kesatuan sekerja memang banyak ruang untuk mendapat keuntungan peribadi. Seperti juga orang-orang kuat 'union' dalam sektor swasta. Peluang terbuka luas.

" i will give u this, i will give u that, bla,bla.. u just keep your mouth shut!"

Siapa pernah jadi orang kuat 'union' dan pernah deal dengan majikan pastinya setuju dengan gua. Banyak offer majikan akan tawarkan. Bagi faedah kepada sekumpulan 5 hingga 10 orang lebih jimat daripada bagi kepada 200 orang.

Oleh itu PA perlu waspada dengan pemimpin Quepacs. Jangan biar orang yang sama meneraju Quepacs terlalu lama. Takotttt termakan hasutan setan. Deal punya deal , dia sorang untung. PA gigit jari kaki. Nyonyot la ibu jari kaki siang malam.hahahaha!

sindri mau pikir ma

adios

video uncleseekers di tahanan-milosuam
video



No comments:

Post a Comment