Monday, July 9, 2012

Artis Seksi Haifa Wehbi DiPulau Anak Kandung Sendiri

Haifa Wehbi -artis Islam Lebannon yang terkenal dengan kemerduan suara dan keseksiannya dipulau anak sendiri.

Artis yang beberapa kali melakukan pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan itu rupa-rupanya tidak disukai anak kandungnya sendiri.

Haifa yang penuh kontroversi diketahui umum dibenci ramai lelaki arab berikutan keberaniannya mendedah tubuh dan mencemar nama baik bangsa arab dan Islam.

Kegemilangannya dalam dunia seni ternyata tidak mampu memberi kebahagiaan hakiki kepadanya.

Zainab

Mungkin kerana malu dengan tingkahlaku ibunya yang seringkali mendedahkan tubuh dengan berpakaian terlalu seksi yang terang-terang haram di sisi agama Islam.

Anak perempuan Haifa yang bernama Zainab telah dengan sengaja bukan sahaja tidak memberitahu tentang perkahwinannya malah tidak mahu ibunya berada di majlis perkahwinannya.

Haifa hanya mampu menangis apabila ditanya tentang hal itu dalam satu talk show televisyen LBC TV kendalian Tony Khalife 


No comments:

Post a Comment