Monday, July 30, 2012

Artis Bollywood jadi model Playboy

Dipetik daripada laporan BBC dan juga Dailymail, Chopra yang juga merupakan seorang model dan penyanyi telahpun terbang ke Los Angeles untuk menjalani sesi penggambaran di rumah agam Hugh Hefner di samping dapat meluangkan masa bersama pengasas Playboy Enterprises itu yang diangkat sebagai idola beliau.
Menerusi sebuah temubual, beliau mengakui bahawa penggambaran itu merupakan sebuah cabaran untuk beliau.
"Bukan mudah untuk berbogel di hadapan kamera dan masih kelihatan cantik pada masa yang sama," katanya.
Menurut Chopra lagi, adik perempuan beliau, Sharon Aamir, berasa bangga dengan pencapaian beliau tetapi ibunya, Susan Aamir yang beragama Islam, masih belum diberitahu tentang hal itu.
Perbuatan beliau itu telah menaikkan kemarahan penduduk India yang mengatakan beliau membawa malu kepada negara tersebut. Para moralis dan aktivis hak wanita, terutamanya, menuduh seksualisasi wanita di Internet sebagai penyebab utama jenayah seksual banyak berlaku di India.
Antara wanita terkenal yang pernah ditonjolkan di majalah Playboy adalah Ursula Andress, Kim Basinger dan Lindsay Lohan. Walaupun majalah tersebut diharamkan di India, namun penduduknya masih boleh mendapatkan akses melalui Internet.-cinema online

Inilah masalahnya apabila perkahwinan campur yang dilarang Islam terus diamalkan. Perkahwinan begini juga diamalkan di Indonesia. Suami isyeri yang berlainan agama dibenarkan berkahwin. Namun yang bangang ialah si polan yang beragama Islam. Dah tahu perkahwinan demikian dilarang agama namun masih lakukan juga.Anak jadi mangsa perbuatan bangang mereka.


adios

No comments:

Post a Comment