Sunday, July 22, 2012

AH JIB GOR Terus Kecundang

Dalam bulan Jun lalu , satu entry bertajuk Najib Razak Tersungkoq Masuk Keleboq- Sadis Bro!!! telah mendapat pageview yang agak tinggi. Entry yang menunjukkan populariti Ah Jib Gor (Najib Razak) berbanding An wah Gor (Anwar Ibrahim) di kalangan masyarakat cina di Malaysia.

Hari ini wa tergerak hati hendak melihat perkebangan Ah Jib Gor dan An Wah Gor. Apabila wa masuk ke link Ah Jib Gor , wa dapati jumlah like bagi page Ah Jib Gor telah di 'hide'. Maka tidak dapat lagi untuk menilai sejauh mana Ah Jib Gor popular di kalangan masyarakat cina.

Manakala An Wah Gor masih dengan bangganya memaparkan jumlah like bagi page An Wah Gor. Jumlah terkini pada 18 Julai 2012 adalah sebanyak 49,931 iaitu peningkatan sebanyak 840 like daripada 49,091 like pada 8 Jun 2012.

Pada 8 Jun 2012 Ah Jib Gor telah ketinggalan sebanyak 18,839 like apabila hanya mendapat 30,252 like berbanding AnWah Gor yang mendapat 49,091.

Jurang perbezaan populariti mereka yang terkini tidak dapat dikira berikutan tiada maklumat daripada page Ah Jib Gor. Mungkin kerana langsung tiada peningkatan jumlah like.

An Wah Gor masih kekal dominan. Setidak-tidaknya lebih popular berbanding Ah Jib Gor di kalangan pengguna Fb keturunan cina.

Apa pasai kasi hide? Promosi gagal ka?
adios

No comments:

Post a Comment