Sunday, June 24, 2012

Singkir Najib,, Muhyiddin Pun Bakal Terpinggir????????

Selepas maghrib minggu lepas (tak ingat hari apa) wa lepak kedai kopi dengan geng-geng surau. Maklumlah wa ni jenis jarang pergi surau sebab suka layan masjid. Bukan kerana politik tapi kalau wa gi surau wa kena naik tangga. Lutut wa dah 'kong' sebab badan dah terover weight. Tak boleh tahan sakit masa menaiki tangga.Kat masjid walau jauh sikit tapi wa tak perlu mendaki tangga, selamatla lutut wa...

Sebab dah 3 bulan tak turun suraum wa kena tahan la sakit lutut untuk bersama kawan-kawan berjemaah. Sesekali turun kenalah layan kawan-kawan . Diorang ajak lepak kedai kopi depan surau wa pun lepak sementara menunggu Isya.

Macam biasa, mula-mula cerita pasal surau dan jumlah jemaah yang bertambah. Berbagai cadangan untuk memperbesar surau diajukan. Maklumlah surau pesen lama diperbuat dpd kayu dan papan.

Lama-lama timbul cerita politik... Member-member wa ni otai umno tapi bukanlah jenis yang ada kedudukan dalam parti. Seorang member buka mulut bagitau dia ada dengar desas desus wujudnya perbincangan tertutup untuk menyingkirkan Najib selepas pilihanraya terdekat ni.

Berita itu sedikit pun tidak mengejutkan gua kerana selama ini gua memang menduga orang-orang umno sendiri pasti ramai yang menolak Najib selepas pelbagai isu dalaman yang tidak disukai sesiapa pun.

Sambil pekena nescafe tarik , gua terus melayan geng-geng gua ni bersembang. Gua yang tak tahu apa-apa perihal dalaman parti mereka hanya mengagguk-anggukkan kepala. Daripada sembang itu juga gua dapati nasib Muhyiddin Yassin juga tidak jelas. Mungkin dia juga akan disingkirkan.

Dalam melayan diorang bersembang , wa tertanya-tanya siapa akan naik kalu Muhyiddin pun disingkir? Alamat meleset la jangkaan wa seperti tertulis dalam artikel 'Najib Nazak Muhyiddin Baca Yassin' Sapa akan naik????

Siapa punya angkara durjana ni? Nama mamat yang menganjurkan perbincangan tertutup tu ada disebut member-member gua tu tapi wa tak berani tulis sebab belum ada bukti. Wa tak mahu disamakan dengan geng-geng fitnah.
Tapi wa percaya lu orang boleh agak sapa mangkok tu.

Untuk memastikan kebenaran cerita member gua tu, wa pun surf sana-sini untuk mencari maklumat lebih tepat tapi hampeh. Habok pun tarak. Gua fail.

Cuba lu orang skodeng kat blog-blog cai , mana tau ada yang dah keluarkan entry desas desus ni. Kat blog PR wa dah cek belom ada yang kasi up berita ni.

Cari punya cari, wa jumpa king jason punya hasil kerja di FB. Sila baca apa King Jason Tulis.


Jika benar apa yang ditulis oleh King jason ni bermakna Muhyiddin tak akan terpinggir. Cuma najib yang ditekan supaya letak jawatan.

Tak sama dengan apa yang wa dengar tapi kita tunggu masa pemilihan president umno nanti. Masa itu baru kita dapat sahkan berita ini. Kalau Najib kalah bermakna berita ini benar. Jika Najib menang bermakna berita ini cuma rekaan.


adios

No comments:

Post a Comment