Monday, June 11, 2012

Tok Sah Bayar PTPTN

Malaysiakini – Mon, Jun 4, 2012
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Anwar menyatakan demikian kepada 10,000 orang dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh pada malam Sabtu lalu, menurut laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.
Akhbar itu memetik Anwar sebagai berkata, Pakatan Rakyat didakwa akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.
Skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi.
Beliau juga mengulangi tawaran Pakatan untuk mengurangkan harga minyak dalam tempoh sehari selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, menurut laporan itu.

haha. mau bayar ka tamau?
Kalau ikut pendapat wa, adalah boleh dipertimbangkan oleh akal budi masing-masing sama ada untuk meneruskan bayaran atau menangguhkan dahulu pembayaran sehingga selepas PRU13. Sekiranya PR menang maka tidak perlulah anda sekalian mebuat bayaran kerana PR akan memansuhkan semua hutang kalian dengan memansuhkan PTPTN dan menggantikannya dengan pendidikan percuma 

lu suka la bro

adios

No comments:

Post a Comment