Friday, June 8, 2012

TERHOT KINI : Gambar, audio dakwaan beli MP Pakatan didedah




Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO.


NONEBagaimanapun, Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu."Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan. 

"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam. 

Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.

Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.

"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.

"Video ini sudah setahun lebih...antara hujung Oktober 2010 atau pertengahan 2011. Kita dedahkan sekarang sebab dah dekat dengan pilihan raya," katanya lagi.

Perbualan rakaman tersebut antaranya berbunyi:

Wakil ahli parlimen PKR: "Saya terus terang OK... Itu (RM) 2 juta tak berapa cukuplah."

Wakil NGO: "Empat batang kayu saja... (ketawa)."

Khalid berkata, beliau difahamkan terhadap 15 orang disenaraikan untuk dibeli.

Sebelum ini, beberapa anggota Pakatan Rakyat keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat bebas.-MK

Cepat-cepat kasi keluar. Wa tak sabar nak tengok dan baca macam mana member-member blogger belasah tentang isu ni. mesti berasap punya.


Pasal siapa wakil Ngo tu boleh tolak tepi dulu. Buang dalam longkang pun tak mengapa. Tetapi yang  paling penting ialah siapa MP yg hantar wakil untuk berunding. Nama dan muka dia ni perlu didedahkan dengan segera sebelum PRU13 supaya penyokong PR boleh membuat keputusan sama ada mahu memilih dia atau tidak. 


Hantar wakil untuk berunding bermakna si polan ada hajat/niat untuk belot kepada parti dan penyokong kerana mementingkan wang. MP ni patut digugurkan dpd pencalonan akan datang kerana ada potensi untuk dibeli,belot dan khianat bukan sahaja kepada parti tetapi yang paling penting adalah penyokong yang terdiri daripada rakyat yang memperjuangkan kehidupan lebih baik dengan menolak umno bn pada PRU13 nanti.


Pakatan Rakyat perlu bertindak bijak dengan mengenepikan pemimpin-pemimpin yang punya agenda tersembunyi agar  segala pengobanan penyokong yang sedia mengorbankan wang ringgit dan menggadaikan keselamatan diri kerana menyokong parti yang diharap dapat mengembalikan kehidupan sempurna kepada mereka secara menyeluruh.


Imbas kembali betapa hancur luluhnya hati rakyat yang menyokong PR ketika PR kehilangan kuasa di Perak akibat pembelotan tiga Adun yang mengisytiharkan diri mereka keluar PR dan menyokong BN sebagai Adun bebas.


Perlu diambilkira perasaan dan kehendak penyokong kerana mereka menyokong PR untuk merelisasikan kehidupan yang lebih baik.Mereka berkorban tenagadan wang ringgit untuk mencapai impian mereka. Wajarkah mereka dibiarkan kecewa?

Apa lagi? Campak sajalah pemimpin-pemimpin macam tu.
Buat sial dalam PR saja nanti.


wasukalu

adios

No comments:

Post a Comment