Monday, June 11, 2012

PETA Cetus Kontroversi Papar Wanita Seksi Dalam Iklan

PETA adalah sebuah organisasi diasaskan di USA yang memperjuangkan hak asasi binatang daripada dibunuh, dikurung dan dijadikan bahan kajian.PETA menentang penggunaan haiwan sebagai makanan, sumber pakaian dan haiwan kesayangan.

PETA cuba mendidik orang ramai supaya menjadi vegetarian yang hanya makan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan selain menggalakkan orang ramai memboikot pakaian yang diperbuat daripada bulu binatang.

PETA Asia-Pacific beroperasi melalui pendidikan awam, siasatan kekejaman, penyelidikan, menyelamat haiwan, perundangan,acara khusus,penglibatan selebriti dan kempen protes.PETA Asia-Pasifik yang terletak di Hong Kong adalah tapak operasi yang mengendalikan operasi di 15 buah negara di Asia iaitu sebuah rantau yang meliputi satu per tiga penduduk dunia.

Peta Asia-Pasifik , walaupun masih terlalu muda kerana baru ditubuhkan namun telah mencipta banyak kejutan melalui iklan yang menarik dan kontroversi. Banyak iklan PETA tidak disiarkan di negara-negara tertentu berikutan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa kerana model iklan yang sangat menjolok mata.


adios

No comments:

Post a Comment