Friday, June 29, 2012

"Lu Pun Katak Juga" - Jeffrey Kitingan

KOTA KINABALU: Pemimpin Barisan Nasional (BN)banyak memekak tentang lompat parti (frogging) tetapi berdiam diri mengenai isu-isu utama yang dibangkitkan oleh STAR, kata Pengerusi STAR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata isu sebenar di Sabah, bukan tentang lompat parti (frogging), tetapi perkara lain yang lebih serius.

"Pemimpin-pemimpin BN tidak mahu bercakap mengenai perkara ini kerana mereka tahu mereka tidak boleh mempertahankan diri," katanya sebagai respons kepada serangan yang dibuat oleh pemimpin BN terhadapnya dengan mengatakan pemimpin BN Sabah termasuk saudara kandungnya 'katak juga.'

Jeffrey berkata beliau tidak akan berubah arah dari perjuangan untuk rakyat dan akan berpegang teguh pada prinsip beliau untuk memperjuangkan hak dan autonomi negeri-negeri Borneo.

"Saya percaya apa yang diberikan peluang, kita akan dapat melakukan lebih baik daripada kerajaan BN semasa," katanya dalam satu kenyataan semalam.theborneopost

No comments:

Post a Comment