Sunday, June 17, 2012

Kes Terbaru: Ahli politik Greek Tampar wanita Dalam Sesi Debat -video 22 saat


Jurucakap kepada Golden Dawn sebuah parti berhaluan kanan Ilias Kasidiaris menyerang dua ahli politik wanita dari parti politik berhaluan kiri. Kejadian bermula apabila Ilias menyimbah air ke muka Rena Dourou dari Parti Syriza yang sedang berhujah.

Perbuatannya dibantah oleh Liana Kanelli seorang ahli Parti Komunis dengan menggelar Ilias sebagai 'facist'. Perbuatan itu membuatkan Ilias bertambah berang lalu menampar Liana Kanelli bertalu-talu.

Pendakwaraya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ilias atas tindakannya itu namun tidak dapat dipastikan sama ada dia telah ditangkap dan didakwa.

Insiden dalam sesi debat yang berlangsung di stesen ANTENA TV  pada 7 Jun 2012 itu mendapat perhatian meluas di seluruh dunia dan dsaksikan oleh tidak kurang 600,000 orang di youtube setakat hari ini 9 Jun 2012.

Layan kejap bro! Cuma 18 saat untuk dapatkan gambaran sebenar kejadian.



Apa macam bro, ganas tak? haha! Malu beb kalau di Malaysia pun berlaku macam tu juga. Ahli politik bercakaran dan disiar secara langsung dalam media elektronik. Inilah salah satu faktor yang mendorong pelajar berbuat perkara yang sama walau tak serupa. Harap-harap ahli politik di Malaysia lebih matang.

adios

No comments:

Post a Comment