Monday, June 4, 2012

Kehilangan Jaban: Malaysia di bawah "hukum rimba"?

Adakah Malaysia benar-benar bebas dan berdaulat atau di bawah "law of the jungle" di mana penyampai berita Radio Free Sarawak Peter John Jaban yang telah hilang selama 6 jam sejurus selepas sampai di Miri tanpa pengetahuan pihak berkuasa.Saya baru sahaja bercakap dengan peguam Jaban, Alan Ling yang juga ADUN DAP Piasau di Miri dan beliau sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku kepada Jaban selama 6 jam selepas berjumpanya di Lapangan Terbang Miri dari Kota Kinabalu. 

Alan baru sahaja bercakap dengan pihak polis Miri lebih kurang satu jam tadi dan dimaklumkan sekali lagi bahawa pihak polis Miri tidak menerima apa-apa arahan atau terlibat dalam penahanan Jaban atau kehilangannya.

Jaban (gambar kiri) telah sampai ke Miri dari Kota Kinabalu menaiki penerbangan Air Asia kira-kira pada pukul 10:45 pagi dan seperti yang dikatakan oleh pihak polis Miri bahawa tiada apa-apa pun arahan untuk menahannya, Jaban telah meninggalkan lapangan terbang Miri menuju ke bandar Miri bersama-sama Pengerusi PKR Miri Dr.Michael Teo.

Dalam perjalanan ke Bandar, tiga orang lelaki dalam kereta Proton telah memberhentikan Teo dan Jaban, dan telah membawa Jaban bersama mereka.

Enam jam telah berlalu dan tiada sesiapapun yang tahu menahu mengenai apa yang telah berlaku pada Jaban, jika beliau selamat ataupun sebaliknya - jika tiga orang lelaki yang membawa Jaban itu dari polis Miri yang khasnya telah dihantar unuk memberkas Jaban, dan jika benar mengapa pihak polis Miri masih enggan memberi komen.

Malaysia kini berada dibawah penelitian warga antarabangsa terhadap pengendalian oleh kerajaan berhubung dengan kes Jaban oleh kerana kes ini akan menjadi satu skandal antarabangsa sekiranya seseorang itu boleh hilang begitu sahaja selama enam jam selepas sampai di lapangan terbang Miri pagi tadi.
Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Omar Ismail mesti diingatkan bahawa dunia sudah memasuki era teknologi maklumat di mana maklumat dan informasi dapat disampaikan seperti kelajuan cahaya dan akauntabel bukan sahaja dalam tetapi di luar negara juga.

Rakyat Malaysia dan warga dunia mengharapkan yang mereka ini akan mendedahkan tempat di mana Jaban berada kerana tempoh masa enam jam itu memang memadai untuk pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan yang jelas mengenai lokasi Jaban atau pengakuan terbuka bahawa keadaan anarki di Malaysia telah sampai ke satu tahap di mana tiga orang yang tiada apa-apa kaitan dengan pihak polis atau kerajaan telah diculik pada siang hari di bandar Miri dalam negara Malaysia!

*Lim Kit Siang (gambar kanan) ialah Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.- merdekareview



Marilah kita sama-sama berfikir apa sebenarnya terjadi kepada negara kita hari ini?


adios

No comments:

Post a Comment