Wednesday, June 27, 2012

Isu Tarian TorTor: Keturunan Indonesia Di Malaysia Wajib Buang Budaya

Ditulis Berdasarkan tidakan segelintir rakyat Indonesia yang membuat provokasi dalam memprotes Malaysia kerana kononnya Malaysia ingin menuntut hak ke atas budaya itu.Ini adalah yang kedua selepas insiden yang serupa beberapa tahun lalu apabila rakyat Indonesia juga menuduh Malaysia cuba menuntut hak ke atas tarian bali.

There were protests from Indonesia when Information, Communications and Culture Minister Da-tuk Seri Dr Rais Yatim announced that the Tor-Tor and Gordang Sambilan would be gazetted as a national heritage.-thestaronline





Untuk mengelakkan insiden serupa di masa hadapan, semua rakyat Malaysia berketurunan Indonesia perlu melupakan semua budaya asli keturunan mereka.Sesungguhnya tidak ada apa-apa yang perlu dibanggakan dengan kesenian tersebut jika ianya mengundang permusuhan.

Anak Jawa di malaysia perlu melupakan kuda kepang, ronggeng dan wayang kulit kerana itu adalah seni budaya jawa di Indonesia sahaja. Jawa di malaysia tidak ada hak untuk mengamalkannya.

Jika kita mahukan keselesaan hidup tanpa permusuhan , maka anak jawa di Malaysia perlu berkorban melupakan seni budaya asli keturunan mereka.

Begitu juga dengan keturunan Indonesia lain yang berada di Malaysia termasuk dayak, minangkabau, kerinchi, mandailing, sunda, bali, bangkahulu, batak, madura, bugis, flores dan lain-lain. Tinggalkan seni budaya anda jika mahu aman tanpa permusuhan dengan rakyat Indonesia.

Jika difikirkan dari sudut apa sekalipun adalah tidak menguntungkan mengamalkan sesuatu budaya sekiranya ia mendatangkan bencana dan permusuhan. Apakah nilai sebenar seni budaya?

Budaya seharusnya meyatukan sesuatu kelompok manusia yang satu keturunan walau di manapun mereka berada.Akan tetapi jika ada yang mengakui bahawa mereka lebih berhak dan sanggup berbunuhan kerananya maka biarlah seni budaya itu menjadi hak mereka sahaja. Percayalah kita rakyat malaysia tidak akan rugi walau satu sen pun.

Dari sudut ekonomi, seni budaya tidak membuatkan seseorang itu kaya atau mendapat kehormatan yang tinggi dalam masyarakat. Jadi, untuk apa kita mengamalkan seni budaya ?

Malah jika dipandang dari sudut keagamaan, sesetengah seni budaya itu mendorong kepada kemaksiatan dan keasyikan yang melalaikan yang mana hukumnya adalah haram.

Kepada Rais Yatim.. sudah-sudahlah buat kerja bodoh. Banyak kerja lain boleh buat.Apa lah sangat tarian tottor tu. batalkan saja niat lu nak kasi isytihar sebagai national heritage. Buang karan . Bukan ada untung pun malah merugikan saja.

Kepada kerajaan Malaysia, diharapkan satu undang-undang baru diperkenalkan. Haramkan amalan semua bentuk seni budaya yang ada kena-mengena dengan budaya Indonesia.

Dengan wujudnya undang-undang itu tidak akan ada lagi tuduhan-tudahan yang memalukan daripada rakyat Indonesia. Dan keharmonian kedua-dua negara akan terpelihara dengan lebih baik.

Apa macam , Berapa lu orang sanggup bayar untuk tengok gordang sambilan seperti dalam video kat atas tu? Berbaloikah bersengketa kerana GordangSambilan dan tarian tortor?

adios

No comments:

Post a Comment