Wednesday, June 20, 2012

I SAY MAN....Beginikah Islam ?

Ribuan ampun dan maaf kepada semua yang membaca. Ini adalah rintihan hati gua sendiri. Ditulis berdasarkan sekelumit pengetahuan agama yang diajar di sekolah menengah kebangsaan (bukan aliran agama Islam). Tidak berniat menjatuhkan mana-mana individu tetapi sekadar meluahkan kemusykilan dalam diri.

Selepas berakhirnya Bersih 3.0 tempoh hari, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa Bersih itu Haram. Menyertai bersih itu haram. Entah apa dalil yang mereka pakai untuk merujuk sehingga menjatuhkan fatwa 'Haram' ke atas Bersih. Jika berlandaskan alasan bahawa Bersih berniat jahat untuk menggulingkan kerajaan yang diterajui BN, memang tidak logik walau 1% sekali pun.

Mengikut pengetahuan gua ,semua peserta Bersih adalah rakyat Malaysia yang berbilang keturunan dan agama. Sebagai rakyat malaysia mereka sangat tahu kekuatan negara dalam sudut ketenteraan dan polis. Adakah mereka terlalu bodoh untuk menggulingkan kerajaan yang mempunyai kekuatan polis dan tentera yang hebat dengan hanya membawa garam dan botol plastik berisi air mineral?

Dari sudut apa jawatankuasa fatwa kebangsaan memandang bersih sebagai satu agenda keganasan sehingga 'memfatwakannya' sebagai haram? 'Fatwa' yang sedemikian memang jauh bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Yusuf Qardawi yang menyeru orang ramai turun ke Dataran Tahrir bagi meluahkan rasa tidak senang terhadap kerajaan. Ekoran itu Pihak Berkuasa Agama Islam Turki membidas pengharaman ke atas bersih kerana tidak masuk akal.

Apa bukti yang Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan gunakan hingga merujuk Bersih sebagai bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan mencetus huru-hara dan kekacauan? Adakah dengan merujuk kepada video yang diserah pihak tertentu tanpa merujuk kepada sumber-sumber lain, youtube umpamanya?

Wa rasa semua umat Islam maklum bahawa melanggar undang-undang yang adil dan mencetus huru hara adalah haram,Tetapi Lengkapkah bukti yang menunjukkan Bersih 3.0 benar-benar mempunyai ciri-ciri seperti yang dituduh?

Dek kerana malu gamaknya akan tindakan 'memfatwakan' haram ke atas Bersih, seorang timbalan menteri baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa pengharaman Bersih Bukan Fatwa Tetapi Nasihat.

Aduh makin gila memikirkannya......
Menasihati bukan dengan menjatuhkan hukum sebagai 'haram' kerana itu menunjukkan hukum halal dan haram sedang diperolok-olokkan.Gua gila atau diorang yang gila..gua atau diorang yang meroyan?

Keliru gua beb....
Mengikut apa yang ustaz ajar masa sekolah dulu hukum halal atau haram sesuatu benda atau perbuatan perlulah dibuat melalui ijma' ulama dengan merujuk Quran dan hadis sebagai sumber. Bukan hanya oleh seorang ulama tanpa ijma' ulama.Kesepakatan ulama adalah perlu dalam menentukan hukum halal dan haram.

Kerana itulah beberapa hukum masih tidak dapat dipastikan oleh para ulama tersohor dunia berhubung beberapa perkara umpamanya hukum 'makan katak'. Tidak ada kesepakatan ulama yang dapat dibuat untuk menentukan hukum terhadap perbuatan makan katak sehingga kini.

Adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak tahu akan perkara ini? Tidak mungkin mereka begitu bodoh sehinggakan tidak mengetahui perkara asas dalam menentukan hukum halal dan haram ke atas sesuatu yang baru. Mereka yang menganggotai Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bukanlah lulusan Tingkatan 5 sekolah menengah agama tetapi jauh lebih tinggi daripada itu.

Atau mungkinkah ustaz gua tersalah ajar semasa gua tingkatan 5 dulu? Atau adakah gua terlalu tua dan nyanyuk untuk mengingati ajaran ustaz gua tu?

Atau

Adakah benar wujud tangan-tangan ghaib yang mempegaruhi mereka berbuat demikian kerana terdapat desas desus yang mengatakan bahawa sebagai ulama makan gaji mereka terpaksa akur kepada majikan yang memberi mereka pendapatan untuk hidup walaupun dalam perkara-perkara yang tidak selari dengan Islam.

Gua berpandangan apa yang berlaku sebenarnya menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri.Bagi yang tidak memahami terutama orang bukan Islam akan menganggap bahawa Islam adalah satu agama yang tidak konsisten. Sekejap fatwa sekejap kemudian nasihat. Sekarang haram sehari kemudian jadi halal dan seterusnya.

Apa akan jadi sekiranya anak muda Islam juga beranggapan sedemikian? Gua beranggapan bahawa perkara sebegini jika berterusan boleh menjadi punca kepada penolakan terhadap Islam oleh remaja Islam sendiri..

adoi.. macam mana ni?
Islam itu apa sebenarnya, mainan yang dijual di kedai dua ringgit ke?

adios

No comments:

Post a Comment