Friday, June 22, 2012

Calon Pilihanraya Punca Rafizi letak Jawatan

otak berkatak
Berbagai-bagai andaian dibuat sebaik sahaja berita Rafizi Ramli mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai ceo Penasihat Ekonomi Selangor.Tidak kurang juga perbalahan pendapat yang dikemukakan dalam ruang komen di blog-blog yang menyiarkan berita perletakkan jawatan Rafizi.

Memang seronok membaca perbalahan tukang komen yang berbagai ragam itu. Yang pro dan kontra sama saja.Ada yang memberi komen secara ilmiah dan lebih banyak komen menjurus kepada menyakitkan hati seteru politik.

Dek kerana pelbagai orang menyuarakan pendapat, wa pun terasa nak memberi pendapat juga.

Bagi wa, perletakan jawatan Rafizi tiada kena-mengena dengan kegawatan politik dalaman PKR atau pun kerajaan negeri Selangor.Tetapi kerana masa depan politik beliau sendiri. Sebagai seorang insan muda yang mencipta nama dengan pelbagai pendedahan kontroversi dan buah fikiran yang bernas dalam membuktikan setiap yang dikata, sudah tentu beliau mendapat perhatian orang ramai yang meminati idea dan kebijaksanaannya terutama dalam menjawab segala keraguan/sanggahan yang diutarakan oleh seteru politik.

Peluang itu tidak harus dibiarkan begitu sahaja oleh PKR.Pada pendapat wa Rafizi telah mendapat kepercayaan parti untuk menjadi calon pilihanraya.Sebagai calon pilihan raya Rafizi tidak boleh terus memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Sebagai calon pastinya Rafizi akan sibuk berkempan ke sana ke mari justeru itu perletakan jawatan adalah lebih baik sebelum difitnah mengabaikan tanggungjawab terhadap kerjaya.

Desas desus yang menyatakan bahawa Rafizi bakal bertanding dalam pilihanraya di Pandan mungkin benar dan mungkin juga tidak. Tetapi yang paling penting ialah Rafizi perlu bertanding. Jika Rafizi bertanding walau di mana sekali pun satu kerusi sudah pasti milik pakatan. Tidak ada keraguan tetapi hanya keyakinan.Di mana pun Rafizi bakal bertanding calon yang menentangnya sudah pasti hanya menjadi underdog.

Besar harapan orang ramai terutama penyokong PR terhadapnya. Tidak keterlaluan jika wa katakan dia adalah anak muda yang paling berkaliber sebagai pemimpin ketika ini.Kelancaran berbicara berlandaskan ilmu adalah kelebihan utama anak muda ini. Kehebatan Rafizi menterjemah ilmu ke dalam bahasa pertuturan amat jelas ketika berceramah dan sesi debat.

Rafizi bakal mengkatakkan diri? Kemungkinan itu tetap ada kerana Rafizi juga seperti manusia lain yang pada bila-bila masa sahaja boleh berubah ibarat ikan mabuk termakan umpan buah ara hutan. Atau yahudi mabuk minum todi kata P.Ramlee. Tapi sindri mau ingat bro! Umpan mau baekkk punya , takat dua juta pigi jalan da. Takkan harga Rafizi RM2 juta saja kot? Sekurang-kurang pun kena sama dengan harga scorpene dua bijik tu. Baru berbaloi mengkhianat kawan-kawan dan penyokong.

Gua memang cuba bayangkan muka Rafizi ketika jadi kuda pedati umno macam hassan akidah dan Ezham. Ke sana ke mari menjaja cerita dan berita namun tak juga laku-laku. Muka elok-elok hensem jadi muka taik. Addin selalu siar berita mamat dua ekor ni punya ceramah siap bergambar lagi. Tapi gambar lautan kerusi la, orangnya? hahaha! kesian nak cerita bro!

Apa pun hakikat sebenar yang menjadi punca perletakan jawatan Rafizi, biarlah dia sendiri yang memberi penjelasan. Penjelasan sedia ada memang meragukan dan tak cukup kuat untuk menggambarkan hakikat sebenar.

wallahualam

adios




No comments:

Post a Comment