Monday, June 18, 2012

Artis 'Masuk Islam'. Cantik Bertudung..

Fazurina ambil keputusan untuk bertudung

13 Jun – Selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu, pelakon yang pernah popular dengan drama bersiri "Dunia Anita" dan "Trilogi Cinta" iaitu Fazurina telah mengambil keputusan untuk tampil dengan imej bertudung.
Dipetik dari laporan mStar, Fazurina berkata dia mengambil keputusan untuk bertudung ini datang ikhlas dari hatinya sendiri dan bukannya dipaksa oleh sesiapa.
"Saya tidak punya apa-apa alasan kenapa saya ambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang dari hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke-30," ujarnya.
Walaupun sedar tawaran berlakon akan berkurangan, namun Fazurina tetap optimis dan menganggap setiap orang punya rezeki masing-masing yang datang daripada Allah.
"Kalau saya tidak bertudung pun kata rezeki itu bukan milik saya, ia tetap tidak akan menjadi hak saya. Saya reda dengan semua ketentuan tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak berbuat apa-apa mengenainya. Apa yang penting usaha," kata Fazurina.
Dalam pada itu, Fazurina memberitahu bahawa dia ada mendapat tawaran berlakon sebagai watak utama untuk siaran TV3 namun dia terpaksa menolak kerana pengarah mahu dia membuka tudung.
"Niat saya bertudung bukan sementara, saya rasa sudah cukuplah saya membuka tudung sebelum ini, saya percaya dengan rezeki dari Allah," ujarnya.
Sementara itu, Fazurina kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama "Trilogi Cinta" musim terbaru untuk RTM sebanyak 40 episod yang akan ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Fazurina turut akan muncul dalam filem "Baik Giler" bergandingan bersama Zizan Razak dan Awie yang bakal menemui penonton pada 28 Jun ini dan juga akan mucul dalam filem "Hantu Bukit Cina" yang dijangka ditayangkan akhir tahun ini.


*** istilah masuk islam bermaksud bertaubat***


saksikan video 9 gol Singapura Membelasah Sabah

adios

No comments:

Post a Comment