Thursday, May 10, 2012

WORLD MUST KNOW THE TRUTH : Mengapa takut disiasat anggota PBB


(Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 9 Mei: Keenggananan kerajaan Persekutuan membenarkan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat keganasan yang berlaku pada Bersih 3.0 membuktikan pentadbiran kuku besi Umno BN.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata, hanya negara yang mengamal pemerintahan kuku besi menolak pemerhatian institusi yang diiktiraf antarabangsa.
“Seperti Zimbabwe, Presiden Robert Mugabe tidak membenarkan PBB melihat perjalanan demokrasi negara itu. Ia menyebabkan Zimbabwe terasing dari dunia.
“Pemerintahan junta tentera Myanmar juga menutup pintu dari pemerhatian antarabangsa. Begitu juga di Indonesia – Suharto, Filipina – Marcos dan negara Arab lain,” katanya kepada Keadilan Daily hari ini.
Mugabe terkenal sebagai pemerintah zalim yang sanggup membunuh dan menyeksa rakyat termasuk menembak mati pasangan suami isteri selepas membunuh anak lelaki mereka.
Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menolak tawaran Frank William La Rue dengan alasan orang luar tidak perlu menyiasat kerana Malaysia mampu melakukannya.
Perhimpunan itu menarik perhatian La Rue kerana berpendapat peserta tidak agresif mahupun mengingkari arahan tetapi polis yang bertindak ganas.
Saifuddin menyifatkan keengganan Umno itu bertujuan menyembunyikan keganasan, menutup propaganda media kerajaan dan tuduhan mengguling kerajaan.
wa tabik lu orang
“Jika wakil PBB siasat, ia akan membongkar semuanya. Dunia akan tahu tiada usaha guling kerajaan, sebaliknya wujud keganasan dan bukti media arus perdana berat sebelah,” katanya.
Perhimpunan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat berhimpun di jalan menghala ke Dataran Merdeka bagi menuntut kerajaan melaksana pilihan raya yang adil.
Bagaimanapun, himpunan itu dicemari keganasan polis – peserta termasuk orang tua, wanita dan wartawan cedera dibelasah.-keadilandaily

 Nak Buat macam mana ni bro?
Kalau sampai PBB pun nak datang siasat maknanya dunia dah tahu betapa buruknya orang-orang yang membuat kenyataan songsang tentang Bersih 3.0.  Nak nyorok kat mana? Video kat youtube bersepah tentang cara polis belasah peserta bersih. Tipu pun patut-patut la. Jangan sampai disamakan dengan cerita 'Orang bingai yang nak menipu Orang Bijaksana'

Kalu lu orang buka video tu dan tunjukkan pada bebudak sekolah rendah. Kemudian tanya kat diorang sapa yang jahat dalam video tersebut. 
adios


No comments:

Post a Comment