Tuesday, May 8, 2012

Wanita-Wanita Yang Bakal Tumbangkan Umno



http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com
Rosmah Mansur isteri kepada Perdana Menteri DS Najib merupakan wanita utama yang boleh menjadi faktor kegagalan umno mempertahankan putra jaya. 

Banyak kontroversi tentang Rosmah didedahkan oleh media bebas termasuk media maya. Berita-berita itu tersiar di SINISINISINI, dan SINI. Segala penafian yang cuba dilakukan bagi memperbaiki keadaan menemui jalan buntu. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada umno kerana banyak faktor termasuk Rosmah.

Bermula dengan isu Atlantuya dan diikuti oleh beberapa siri perbelanjaan mewah Rosmah membuatkan rakyat  marah dan benci. Ruang paling baik menunjukkan kebencian ialah melalui pilihanraya umum ke 13 kelak.




http://biaqpila.blogspot.com/
Isu lembu, kondo dan perniagaan mewah di Singapura yang membabitkan  ahli keluarga sharizat pastinya membawa bencana kepada umno. Kegagalan Najib memenuhi kehendak sebahagian wanita umno agar Shahrizat disingkirkan menambahkan luka dalam umno. Wanita dijangka melakukan pemberontakan melalui undi kerana tidak setuju dengan apa yang berlaku dalam pentadbiran parti. Cerita paling best yang wa pernah baca tentang lembu ni ada di SINI


http://biaqpila.blogspot.com/
Setiap kali menjelang pilihanraya Ummi Hafilda  seolah-olah muncul mendadak daripada pertapaan. Apa yang dianggap sebagi kelebihan oleh umno sebenarnya suatu kelemahan. Keperibadian Ummi Hafilda langsung tidak sesuai sebagai seorang penceramah bagi menerangkan kebaikan atau keburukan orang lain. Gambaran sebagai seorang anak durhaka oleh sesetengah pihak  sesungguhnya melondehkan Ummi Hafilda. Strategi umno menggunakan khidmat Ummi Hafilda bukan sahaja tidak berjaya kali ini tetapi tidak pernah berjaya.



Zahida Mohamad Rafiq - Artis seksi  jelita yang kini dikaitkan dengan seorang menteri almari tak cukup tinggi Shafie Apdal membabitkan wang jutaan RM. Sama ada benar atau tidak kewujudan perhubungan mereka bukan soal utama. Isunya ialah laporan polis yang dibuat oleh bekas pemandu artis ini yang mendakwa Zahida menerima wang sebanyak RM 1.4 juta daripada Shafie Apdal. Keadaan diburukkan lagi apabila PKR mendedahkan sebuah rumah banglo yang didakwa milik Zahida juga bernilai jutaan RM .Zahida memang tida kena mengena dengan politik. Tetapi isu yang membabitkannya dikaitkan dengan isu politik. Shafie Apdal bakal menerima cabaran berat dalam mempertahankan kerusi yang dimenanginya. Atau mungkin juga nama Shafie akan digugurkan oleh DS Najib bagi memulihkan kepercayaan pengundi kepada umno bn. ****Ada juga blogger menggelar Zahida sebagai Ratu Botox. Betul ke dia pakai botox?****




Penyokong-penyokong PR seharusnya berterima kasih kepada wanita-wanita ini kerana mereka sedikit sebanyak telah memberi kelebihan kepada PR dalam menghadapi PRU 13.

give thanks to ALLAH 
for the moon and the stars
prays in all day full 
what is and what was

adios

No comments:

Post a Comment