Friday, May 25, 2012

Tetap Tolak BN Walau Anwar DIpenjarakan Sekali Lagi

Rakyat malaysia perlu membulatkan tekad untuk menolak BN dalam PRU13 walaupun Anwar dipenjarakan kelak setelah didapati bersalah kerana menyertai Bersih3.0.


Segala kekejaman dan ketidakadilan BN dalam memerintah Malaysia telah kita ketahui. Kekejaman terhadap rakyat yang menyertai bersih 3.0 seharusnya menjadi titik tolak yang tiada noktah kepada kita semua untuk menolak terus BN pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan sekalipun.


Usah dirisaukan siapa bakal PM. Sekiranya Nik Aziz sekali pun yang dilantik menjadi PM , beliau tetap akan berjaya mengemudi Malaysia ke arah yang lebih baik. Segalanya bergantung kepada akal dan budi seseorang pemimpin itu. Semua orang boleh jadi PM yang berjaya sekiranya mempunya hemah tinggi dan ikhlas.


Kerja-kerja sebagai PM bukanlah sesukar yang digembar gemburkan oleh sesetengah mangkuk yang bangang. Untuk pengetahuan semua pembaca, semua kerja dilakukan oleh penjawat awam atas arahan PM dan menteri-menterinya. Termasuklah kerja-kerja menyediakan teks ucapan PM sendiri. 


Jangan termakan kata-kata bodoh seseorang yang memang bodoh.


Apakah kelebihan seorang peguam dan doktor  menjadi PM? Adakah apa yang mereka pelajari di universiti berkait dengan kerjaya sebagai Perdana Menteri? Sudah pasti tidak.


Dengan bantuan menteri-menteri kabinet dan penjawat awam yang berkaliber dan bijaksana dalam bidang masing-masing sesiapa sahaja yang menjadi PM akan mampu mentadbir dengan baik.


Bandingkan Najib dengan PM yang lain. Apakah kejayaan sebenar Najib? 


BAGI WA TIADA  LANGSUNG. sesungguhnya memang tiada apa pun kejayaan Najib sebagai PM selain diselubungi pelbagai skandal yang memalukan. 


Terdetik dalam hati ini menyatakan Anwar akan dipenjarakan sekali lagi kerana dia adalah ancaman besar kepada BN. Setelah pelbagai tuduhan dan dakwaan di mahkamah dilakukan terhadap Anwar, kini sudah tiba masanya untuk menamatkan terus riwayat Anwar dipenjara kerana jika Anwar dipenjarakan sekali lagi beliau berkemungkinan akan mati dalam penjara kerana usianya yang telah lanjut. Apatah lagi dengan pelbagai tekanan dan provokasi daripada warden-warden penjara yang pastinya akan menambahcepatkan proses kematian Anwar ketika dipenjara.


Untuk itu kita sebagai rakyat yang bertamadun dan berilmu seharusnya lebih bijak menilai sejauh mana negara kita ini ditadbirurus dengan betul. Berfikirlah dengan akal yang sewaras-warasnya. Bertindak segera sebelum negara ini nazak dikerjakan mereka. 


Kuasa undi ditangan anda. Undilah mereka yang anda yakin akan memberi manfaat kepada Malaysia dan rakyatnya.Tentu sekali bukan BN tetapi PR. Berdasarkan rekod pentadbiran 3 negeri sepanjang 4 tahun memerintah , 3 negeri tadbiran PR jauh meninggalkan negeri-negeri tadbiran Bn dalam segala aspek terutama ekonomi , kewangan dan kebajikan rakyat.


lu sindri pikir ma
adios

No comments:

Post a Comment