Saturday, May 19, 2012

PRU13:: MADEY NASIHAT NAJIB SUPAYA ADAKAN PRU SELEPAS RAYA

Madey menasihati najib supaya mengadakan pilihanraya selapas Hari Raya Aidil Fitri. tetapi beberapa  blog termasuk suratkhabar sinar hari ini menyiarkan kemungkinan besar PRU13 akan diadakan pada musim cuti sekolah bulan Jun 2012. Selagi belum ada pengisytiharan bubar parlimen maka semua telahan tersesut akan hanya menjadi telahan. 

Jika dilihat daripada suasana di bilik-bilik gerakan PAS, PKR dan DAP, Bilik gerakan ini lengang tiada berpenghuni. Seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku.
Berbanding bilik-bilik gerakan umno bn yang kini sedang giat memasang bendera di beberapa pelusuk termasuk kampung-kampung. Walau demikian umno bn juga seolah-olah sekadar melepaskan batuk di tangga. Hanya beberapa bendera di pasang. (Macam BN dah tak ada modal beli bendera. kihkihkih!) Tiada nampak kesungguhan untuk berbuat demikian.


Daripada kuantiti sokongan terhadap umno bn setakat ini memang tidak wajar  Najib membubarkan parliment di saat-saat rakyat sedang marah dan benci kepada pemimpin. Semua program umno bn tidak mendapat sambutan kecuali program yang dihadiri Najib sendiri. 

Awie dikelilingi bangla
Kehadiran Najib di Jalan Kebun Klang, Selangor dihadiri tidak kurang dpd 1000 orang. Termasuk bebudak yang diupah RM50 untuk menyertai konvoi motosikal dari Dataran Shah Alam ke Jalan Kebun dan juga mat-mat bangla yang bergambar bersama AWIE (WINGS) . Program Najib di Pahang pula hanya didatangi  kurang 300 orang menyebabkan Najib marah.Mungkin kehadiran yang sedikit itu berpunca darripada situasi banjir. 

 kenderaan yg disediakan disediakan
Akhir sekali perhimpunan raksaksa merah di Bukit Jalil baru-baru ini yang berjaya mengumpul sekitar 50,000 orang. Walaupun segala kemudahan termasuk makan, minum, kenderaan dan mungkin juga wang saku diberi  namun jumlah kehadiran sangat mengecewakan.

Daripada situ kita boleh menilai kekuatan  umno BN setakat ini. Parah-separahnya. Beranikah Najib membubarkan parlimen di saat-saat begini?

Maklumat daripada spy umno bn juga melaporkan bahawa umno bn tidak mampu menawan kembali Selangor dalam PRU 13. Cakap besar Najib akan menjadi olokan orang ramai sekiranya gagal mendapat kemenangan 2/3 pada PRU 13 kelak.

Wa tertarik dengan sebuah blog yang berpendapat kenyataan berani Najib di Bukit Jalil hanya sebagai wayang untuk membuatkan PR mengelabah mengerakkan jentera pilihanrayanya secepat mungkin dengan anggapan PRU 13 dah dekat.

Kalau difikirkan memang benar juga kenyataan blogger  berkenaan. Jika PR menggerakkan jentera pilihanrayanya sekarang tetapi pilihanraya tidak jadi pada tarikh yang dianggarkan PR pastinya akan kehilangan tenaga dan wang untuk kempen menjelang PRU 13 yang sebenar. Kita sedia maklum penyokong PR mengeluarkan belanja sendiri untuk memperjuangkan nasib dalam pilihanraya. Kerja-kerja pilihanraya tiada berupah sebaliknya cuma keikhlasan penyokong.

Jentera pilihanraya PR pastinya akan berasa penat dan kecewa. Ini akan menjadikannya satu kemenangan psikologi kepada bn. Tanpa jentera pilihanraya, PR akan kelihatan seperti satu titik hitam dalam sehelai kertas putih A4. Langsung tidak memberi tentangan kepada umno bn.

Untuk itu janganlah terburu-buru dengan desas-desus pilihanraya sudah dekat. Tunggu isyarat daripada ketua parti masing-masing sebelum mula melakukan gerak kerja. Jangan buang  masa, tenaga dan wang ringgit kerana sesuatu yang belum pasti.


Walaupun ribuan  telah menghadiri mesyuarat setelah dilantik sebagai petugas pilihanraya namun untuk membubarkan parlimen BN perlu terlebih dahulu memikirkan kekuatannya supaya tidak kehilangan kuasa atau kegagalan mencapai majoriti 2/3.


adios

No comments:

Post a Comment