Wednesday, May 2, 2012

Peserta bersih perlu masuk umno

Perhimpunan umno bakal berlangsung tak lama lagi bagi menyaingi jumlah himpunan bersih 3.0. Kehadiran yang diharapkan seramai 100.000 orang pada asalnya telah ditukar kepada 500.000 orang demi menunjukkan kepada umum bahawa umno masih mendapat tempat di hati rakyat.


Dilaporkan oleh MSO juga, bahawa RM 500 akan diberi kepada semua peserta yang bakal hadir. Sebenarnya ini yang menarik perhatian wa.


Timbul cadangan di benak wa menyatakan RM500 jika didarabkan dengan jumlah peserta bersih 250.000 orang jumlahnya sangat besar.RM125.000000 wow! banyak tuuu!

Kalau BR1M yang diterima boleh dikumpul dan digunakan untuk membuat kenduri doa selamat , bayangkan apa pula yang kita boleh buat dengan wang RM125.000000. Beli saham FGVH  hehe! atau beli lembu berpijat . lu sindri pilih.


Orang lain buka koperasi dengan modal 1 juta dan dapat geran kerajaan 2 juta. Kita boleh buka Koperasi Bersih dengan modal 125 juta. Melantun-lantun ungtungnya kalau diurus dengan betul.


Setelah jadi ahli umno kita pergi buat demo kat dataran sekali lagi. Demo sebagai ahli umno pulak. Tuntut pilihanraya bersih sebagai ahli umno..pakai baju BN . Pak polisi takkan pukul, takkan belasah.


Lepas demo kita buat sidang akhbar keluar umno beramai-ramai. Tajuk laporan Malaysiakini hari itu ialah 250.000 Ahli Keluar Umno. pergh!! tersungkur abis diorang beb!Utusek meloya akan laporkan 25 ahli keluar umno, macam biasa la..


Kalau tanak keluar umno pun tak pe, berlambak ahli umno yang menentang umno termasuk sifu wa , bro ISA.

Apa macam? mau mengelupur mangkok-mangkok kat atas tu...

Lagi gempaq beb! 
orang umno berdemo minta pilihanraya bersih. 
Agak-agak ada tak taiko-kaiko umno bakal yang terjun PWTC?


adios

No comments:

Post a Comment