Monday, May 21, 2012

Pengumuman Latest Dpd Mr Pengumuman: Bonus Penjawat Awam

Mr Pengumuman @ Mr Wayang yang diberitakan tak sabar-sabar nak membubarkan parlimen kerana sokongan kepada BN terus meningkat pada perhimpunan raksaksa umno di Putra Jaya senyap sehingga hari ini.


Apa cerita? Takot ke nak bubar parlimen.. Pegawai pilihanraya dah sedia untuk menjalankan tugas. Mereka juga tak sabar nak tuntut elaun kerani dan penyelia pilihanraya.Cuti sekolah dah dekat. Tingal berapa hari saja lagi . Bila nak umum bubar parlimen. kihkihkih! 


Alamak bro Pengumuman. wa tau sangat lu tak berani nak bubar parlimen. Wa juga tau , Lu sedar orang dah benci sama lu. Benci dengan balaci-balaci lu. Lu tau majoriti rakyat menolak lu. Kempen lu sendiri terpaksa upah orang untuk hadir. Apabila kurang yang sudi hadir balaci-balaci lu terpaksa angkut bebudak sekolah dan bangla yang diberi RM.


Kata-kata angkuh lu cuma mainan wayang lu macam biasa. Lu mahu tunjukkan kepada orang-orang yang mendapat maklumat hanya melalui suratkhabar dan berita tv milik lu kononnya rakyat malaysia masih menyokong lu dan BN. Hakikatnya lu sindiri tau ma!.Lu tak kan berani bubar parlimen dalam keadaan majoriti rakyat membenci lu. 


Kebanyakan pengumuman RM yang lu buat belum dilaksana. Duit itu dan duit ini yang lu umumkan belum disalurkan. Tanpa wang yang lu janjikan kepada golongan tertentu , lu tak akan berani bubar parlimen. Amacam betul tak bro?


Penjawat awam yang lu harapkan dah berpaling tadah. Diorang sendiri tak mau lu jadi PM apatah lagi untuk mengundi BN. Untuk itu lu kena kasi diorang Bonus dua bulan gaji pada bulan Ramadhan nanti. Kalau lu dapat berikan bonus itu barulah lu berani nak bubar parlimen.Haha! lu ada wang ka mau kasi PA bonus dua bulan gaji bro?


Lu kena cari itu wang bro, tarak kalu lu sindri susah. Lu ada ingat Pak Lah ka? Masa nak pilihanraya pun dia tunjuk hebat. Dia ingat tanpa sokongan PA dia boleh menang besar macam biasa. Lu tengok apa jadi. Itu PA lu misti mau jolok ma.


Bos lu , si madey pun nasihat sama lu . Dia mau lu bikin PRU13 lepas hari raya aidil fitri supaya kelihatan adil kepada semua parti bertanding. 


Haha! ini can baik bro.. lu misti guna ini peluang untuk kasi orang ingat lu telus dan adil. dalam masa yang sama lu ada can kasi bonus 2 bulan gaji kepada PA menjelang hari raya. Lu misti mau bodek PA ma! Tarak kalu , lu boleh kojol. 


wa tau ma!
wa tau ma!

adios

No comments:

Post a Comment