Saturday, May 19, 2012

Isu keluar umno dan bn. PR perlu lebih matang.


Kebelakangan ini makin ramai ahli umno dan bn mengambil keputusan keluar parti. Dalam situasi terdesak seperti sekarang ini umno bn akan membuat apa sahaja. kalau sebelum ini mereka banyak berlakon dengan rakyat untuk memberi gambaran bahawa mereka adalah yang terbaik dan merekalah sahaja yang layak menerajui pemerintahan Malaysia.


Kini setelah pelbagai skandal dan salahlaku mereka terdedah dan mendapat kritikan teruk daripada rakyat , mereka mula goyah. Keberanian rakyat Malaysia menunjukkan kemarahan dan kebencian mereka secara terbuka membuatkan mereka tidak yakin lagi untuk menang dan memerintah.


Terbukalah era baru lakonan mereka. Beberapa orang kuat umno dan bn mengsytiharkan diri keluar daipada parti dan bersedia menyokong pembangkang. iaitu PR sama ada PAS,PKR mahu pun DAP.


PR boleh sahaja menerima keahlian mereka ini tanpa mengira keikhlasan mereka. Tetapi PR perlu lebih berhati-hati sebelum memberikan merka sebarang jawatan dalam parti. Kemungkinan kehadiran mereka hanya untuk menjadi spy atau talibarut umno bn sangat tinggi.


Peristiwa yang berlaku dalam PRU 12 harus menjadi ikhtibar kepada PR. Pembelotan 3 wakil rakyat yang menyebabkan PR kehilangan kuasa keatas kerajaan negeri Perak sangat menyakitkan hati. Peristiwa sebegini  mungkin berlaku lagi selepas PRU13 jika PR terus lena dibuai helah talibarut umno bn yang kononnya keluar parti demi kebenaran.


Terbaru.. pembelotan ketua penerangan PKR ampang yang merupakan bekas ahli umno adalh contoh terbaik keikhlasan mereka ini meyertai PR. 


Perlu diingat, mereka selam ini sedar malah sangat sedar akan keburukan yang berlaku dalam umno dan bn.Tetapi mereka masih mahu bersama parti tersebut sehungga parti pemerintah itu benar-benar dalam keadaan terdesak sekarang. Tiba-tiba sahaj ramai orang kuat umno bn meninggalkan parti kontroversi itu. Mengapa?


Apa pun wa percaya orang politik lebih mengenali orang politik seperti mana ungkapan 'only ninja can kill a ninja' Terserah kepada kebijaksanaan PR untuk menangani kehadiran X umno bn .

No comments:

Post a Comment