Monday, May 14, 2012

Guling Kerajaan Melalui Demonstsi -satu tuduhan sangat tak bijak daripada orang yang sangat tak pandai

Susah nak mula baris ayat wa hari ni. Nak tergelak ada , menyampah pun ada.Dalam negara membangun seperti Malaysia ada pemimpin bertaraf YB yang sangat tak rasional. Bercakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan kesan negatif kata-katanya itu terhadap dirinya, kerajaan dan negara.


Malas nak tulis nama org tu  dalam tulisan kali ini wa geli. cukuplah wa kasi xplain dia punya kesilapan (nak guna perkataan "kebodohan" tak sampai hati.) 


Pertama sekali mangkok tu tau tak apa itu istilah guling kerajaan? Guling kerajaan memerlukan kekuatan dari segi fizikal kumpulan yang berniat melakukannya. Memerlukan pasukan bersenjata jika mahu dilakukan dalam dunia moden. Hanya kumpulan bersenjata dan mempunyai kekuatan melebihi kumpulan yang ingin diguling mampu menggulingkan kerajaan.


Semua kerajaan yang digulingkan dalam dunia moden digulingkan oleh tentera atau rakyat yang mendapat sokongan tentera.  Saddam dan kerajaan Iraq diguling oleh tentera Amerika dengan bantuan sebahagian rakyat Iraq.


Mesir, Libya, dan Tunisia,  diguling oleh rakyat dengan bantuan tentera. Kerajaan Thailand telah beberapa kali diguling oleh tentera. Kerajaan Myanmar juga diguling oleh tentera. 


Tuduhan terhadap Bersih 3.0 ingin menggulingkan kerajaan memang satu tuduhan sangat tak berilmu dan tidak bijak. Kat mana mangkok ni belajar sehingga berpendapat orang yang berhimpun di jalanraya tanpa senjata mampu gulingkan sebuah kerajaan yang mempunyai tentera yang canggih dan pasukan bersenjata yang lain? 


Andai kata 250.000 orang yang hadir pada hari itu membawa pedang sekali pun takkan mampu menggulingkan kerajaan kerana selain polis, kerajaan mendapat sokongan penuh tentera dan pasukan simpanan seperti JPA dan RELA. 


Dipermudahkan teori , satu batalion tentera sudah memadai untuk mematahkan dan membunuh kesemua 250.000 orang peserta bersih pada hari itu tanpa mengorbankan satu pun nyawa tentera jika benar mereka berhasrat menggulingkan kerajaan . (Kekuatan pedang tak sama macam M16, bom tangan dan pelancar roket).


Ulama pun satu hal. Tah apa benda dalam kepala wotak ulama ni. Keluarkan fatwa ikut suka sahaja tanpa menilai sejauh mana benarnya Bersih 3.0 mahu gulingkan kerajaan, mendatangkan mudarat dan seumpamanya.


Kalau ulama berfatwa mewakili dirinya mungkin tak mengapa kerana boleh dianggap sebagai pendapat peribadi. Tetapi fatwa dikeluarkan atas nama majlis ulama. 


Sedar atau tidak , ulama telah meletakkan islam di tempat yang sangat memalukan. Berhimpun pun haram. Bakal  saudara baru pastinya sangat keliru dengan fatwa begini. Apabila perkara tidak salah pun difatwakan sebagai haram, dunia akan menggambarkan islam itu sebagai agama tidak realistik, tidak logik dan menolak tamadun.


Apa implikasi tuduhan tak cerdik itu?


Tuduhan tak berasas  sedemikian bukan sahaja mendapat omokan rakyat tetapi semua negara  yang mengetahui berita tersebut. Betapa malunya Malaysia kerana ada pemimpin yang macam itu. Yang nyata bukan sahaja namanya tercemar tetapi juga rakyat dan negara secara keseluruhannya .


Pelik... macam mana org macam ni boleh dipilih untuk memimpin. Berbaloikah kalau dia dipilih sebagai pemimpin sekali lagi?


adios

No comments:

Post a Comment