Thursday, May 3, 2012

Gambar Murali Cedera Parah Dipukul Samseng MIC


Terjadinya kes-kes pukul yang bertali arus menjelang pilihanraya ini sangat membimbangkan. Memang tiada unsur perkauman tetapi unsur politik semata-mata. Politik yang tidak bertamadun telah menjadikan manusia hilang pedoman. Sanggup meminggirkan agama dan nilai budaya suku bangsanya sendiri. 

Polis melayu dengan angkuhnya memudaratkan bangsanya  di sekitar kuala lumpur pada 28. April 2012. Amat dikesalkan perbuatan ganas mereka berterusan hingga ke dalam masjid iaitu tempat ibadat orang-orang Islam. 

Kini etnik india pula mengerjakan bangsa mereka sendiri hanya kerana berlainan pandangan politik. Inikah wajah-wajah sebenar 1 Malaysia yang diagung-agungkan? 

Bersama kita fikirkan sematang-matangnya.Ke mana arah bangsa kita jika doktrin sebegini terus dipupuk kepada rakyat Malaysia oleh manusia yang mementingkan diri sendiri serta kelompok kecil dari golongan mereka.

Bersatulah!!!! Bersamalah kita menerajui pembaharuan Malaysia melalui pilihanraya umum ke 13. Jika kita tidak memulakan langkah pembaharuan ini , bangsa Malaysia akan terus terhimpit dalam segala bentuk ketidakdilan sosial, ekonomi dan budaya.

VOTE PR FOR BETTER MALAYSIA

wa suka lu
adios

No comments:

Post a Comment