Wednesday, May 30, 2012

AMUKAN GADIS : WARGA EMAS MAUT DITETAK.

 Bernama melaporkan seorang lelaki warga tua terbunuh manakala isterinya cedera selepas ditetak dengan parang oleh seorang gadis murung berusia 22tahun di rumah mereka di kampung Parit Kerinchi, Bukit Gambir, Ledang .

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Reduan Haron , 73 tahun mengalami kecederaan serius di kepala dan belakang manakala isterinya Juriah Dimiyati 61, mengalami lukatetakan di kepala. Kedua-dua mereka dikejarkan ke hospital Pakar Sultanah Fatimah tetapi Mohd Reduan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Juriah pula dilaporkan stabil.

Kejadian bermula pada jam 10.04 apabila suspek yang berasal dari Kampung Sawah Ring tiga hari sebelumnya datang ke rumah mereka lalu menendang pintu sambil menjerit ada lelaki mahu merogolnya. Suspek kemudian mengeluarkan dua bilah parang dan  lalu melibas-libas ke kiri dan kanan.

Melihat kejadian itu, Juriah yang sedang memasak menjerit menyuruh suaminya menrampas senjata daripada gadis itu tetapi telah terjatuh akibat terkena libasan parang di bahunya. Dia terus ditetak bertalu-talu.

Suspek kemudiannya menyerang Juriah, menetak tangannya sebanyak tiga kali tetapi Juriah berjaya merangkak ke luar  rumah. Jiran-jiran datang membantu suspek berjaya ditenangkan oleh kakaknya dan dibawa pulang.

Menurut Ketua Polis Daerah Ledang Supt. Harun Idris, Gadis itu telah ditahan dan dipercayai mengalami sindrom kemurungan sejak empat tahun lalu tanpa mendapat sebarang rawatan. Suspek dijaga oleh kakaknya dan dikurung di dalam sebuah bilik untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Suspek dipercayai terlepas keluar melalui tingkap sejurus sebelum kejadian.
Dialih bahasa daripada berita Bernama



No comments:

Post a Comment