Wednesday, April 18, 2012

TANGKAP DAN KENAKAN SAMAN FITNAH TERHADAP MAHFUZ OMAR

Tidak seorang pun yang memberi respon kepada dakwaan Mahfuz Omar yang menyatakan terdapat task force yang menggadai maruah negara dengan memberi kad pengenalan pilihanraya kepada warga asing untuk mengundi. Baik di pihak kerajaan mahu pun di pihak umno.

Umno perlu memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia khususnya Melayu bagi membersihkan nama parti itu. Tanpa penafian masyarakat akan menganggap perkara ini sebagai kebenaran.

Paling tidak umno atau lebih tepat lagi mereka yang dituduh terlibat perlu mengenakan saman fitnah terhadap Mahfuz Omar . Tindakan saman fitnah terhadap Mahfuz akan menaikan imej BN dan sebaiknya dibicarakan sebelum pilihanraya kerana pasti credit akan pergi kepada BN sekiranya memenangi kes berkenaan. 

Pengundi pula akan lebih yakin dengan BN kerana kemenangan pihak yang mengenakan saman bermakna yang kena saman memang seorang pemfitnah. Seorang pemfitnah tidak akan mendapat tempat di hati masyarakat terutama melayu. Kawasan ditandingi mahfuz pasti akan dimenangi BN kerana rakyat pasti akan menolak Mahfuz. Easy win for sure!

Sebaliknya sekiranya pihak yang mengenakan saman fitnah kalah dan terbukti dakwaan mahfuz benar. Risikonya perlu ditanggung seluruh parti BN bukan sahaja umno. Jangan harap mendapat walau satu pun undi melayu kecuali undi mamak. 

Ini tanah melayu. Pasti orang-orang melayu akan mengamuk kerana kedaulatan negara pusaka paling berharga nenek moyang mereka  diperkotak-katikkan.

Mahkamah adalah pentas terbaik untuk menentukan kebenaran. Sama ada kebenaran pihak yang menuduh atau kebenaran pihak yang dituduh.

Kedua-dua pihak perlu mengambil risiko. UMNO BN dan Mahfuz perlu mengambil risiko demi negara . Rakyat perlukan kebenaran . kasi jalan terus jangan tangguh-tangguh.


Nothing personal! Its all about the pride of our country.
Be Brave
Fight For It


Apa lagi beb!
orang dah tuduh lu pengkhianat
lu nak diam saja?
kasi saman sama dia
tak bran?
Apa hal?

adios


No comments:

Post a Comment